Selebriti kontroversi, Azwan Ali menyifatkan kehadirannya dalam Himpunan 812 bersifat peribadi dan tidak membabitkan mana-mana parti politik.
“Inilah bentuk kesyukuran rakyat Malaysia dan kita buat perhimpunan aman.
“Ini satu bentuk perjuangan yang menyebabkan saya sendiri berdebar untuk menghadiri himpunan kali ini. Ini himpunan pertama saya hadiri sejak tiga dekad menjadi selebriti,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Sementara itu, Polis menganggarkan seramai 55,000 peserta hadir pada perhimpunan kesyukuran meraikan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara, pada Sabtu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, perhimpunan itu berlangsung secara aman, lancar dan selamat.
Peserta perhimpunan berkenaan mula membanjiri ibu negara seawal pukul 7 pagi dengan berarak ke Dataran Merdeka lengkap berpakaian serba putih.
Perhimpunan yang awalnya bertujuan membantah cadangan ratifikasi ICERD, bertukar menjadi ‘perhimpunan kesyukuran’ susulan kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, pada 23 November lalu.
Hilal Azmi
Sat Dec 08 2018
Selebriti Azwan Ali mencuri perhatian peserta Himpunan 812 yang berlangsung pada Sabtu. Foto HIlal Azmi.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.
Pasukan penyelamat berdepan ancaman buaya ketika menjalankan operasi banjir
Melihat buaya 'bersantai' di tebing sungai adalah perkara biasa, namun kebiasaan itu bertukar menjadi detik mencemaskan apabila banjir melanda.
Malaysia akan bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini akan membantu mempermudah Timor-Leste untuk menyertai perjanjian ekonomi ASEAN.
Dialog Poket Rakyat: GPI | Menilai pembangunan ekonomi, alam sekitar & kesejahteraan sosial
Adakah kita sedang menikmati kemakmuran yang tulen? Ikuti diskusi dan analisis mengenai perspektif pengukuran prestasi dan penilaian adil pembangunan ekonomi, alam sekitar dan kesejahteraan sosial dalam Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Kompas hala tuju Sabah maju jaya
Berpandukan kompas hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), Ketua Menteri Sabah berjaya meletakkan bahtera ini di haluan yang tepat demi memastikan rakyat negeri itu terima manfaatnya.
Perjanjian Trilateral Weststar satu langkah ke hadapan
Weststar mencatat sejarah selepas menandatangani perjanjian kontrak bersama syarikat minyak dan gas dari Australia, Santos Limited.
Kerjasama membabitkan tiga negara itu dimeterai di Dili, Timor-Leste pada Jumaat.
Kerjasama membabitkan tiga negara itu dimeterai di Dili, Timor-Leste pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Banjir Sabah, Sarawakc
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mohd Nizam lakar sejarah, dilantik menjadi PAT ke-23
Sejarah tercipta buat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila Penolong Ketua Staf Perkhidmatan Kakitangan, Datuk Mohd Nizam Jaffar dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-23, berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan itu sekaligus menyaksikan Mohd Nizam memecah tradisi menjadi PAT pertama bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Udara dan Laut sedia ada.
Pelantikan itu sekaligus menyaksikan Mohd Nizam memecah tradisi menjadi PAT pertama bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Udara dan Laut sedia ada.
Tiga termasuk satu warga Britain ditahan di KLIA
Tiga lelaki termasuk seorang warga asing ditahan bersama 61.3 kilogram (kg) dadah disyaki syabu dan ganja yang dianggarkan bernilai RM1.06 juta dalam dua tangkapan berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 pada 22 dan 24 Jan lepas.
Senjata api dirampas dipercayai untuk dijual kepada kongsi gelap
Polis Pulau Pinang percaya senjata api yang dirampas Polis Marin Wilayah Satu di kawasan perairan negeri itu pada Isnin lalu untuk dijual kepada kumpulan kongsi gelap.
"Inilah bentuk kesyukuran rakyat Malaysia" - Azwan Ali
"Inilah bentuk kesyukuran rakyat Malaysia dan kita buat perhimpunan aman," kata Azwan Ali.