GOMBAK: Inisiatif program MADANI Afiat adalah pendekatan kerajaan untuk membawa khidmat Kementerian Kesihatan (KKM) kepada komuniti secara terus dalam usaha meningkatkan kesedaran dan tahap kesihatan rakyat Malaysia.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata inisiatif itu adalah bagi mengesan dan mencegah risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan masyarakat melalui pelbagai program seperti saringan kesihatan dari rumah ke rumah, pameran kesihatan dan gotong-royong bersama komuniti setempat.
"Inisiatif MADANI Afiat ini kita bersekalikan dengan dua program lagi iaitu Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes dan One Hour Malaysia Clean Up yang kita lancarkan pada hari ini.
"Ia amat bertepatan dengan apa yang kita mahu laksanakan di bawah program MADANI Afiat, iaitu kita merakyatkan KKM.
"Program-program kesedaran sebegini perlu diteruskan kerana akhirnya kita mahu rakyat sihat dan ini juga antara tonggak yang disebut dalam Kertas Putih Kesihatan iaitu mempromosi kesihatan," katanya pada sidang media selepas merasmikan program MADANI Afiat di Dewan Rakyat Batu Caves, hari ini.
Beliau berkata program itu juga merupakan antara usaha KKM dalam mengurangkan jumlah kes kesihatan yang dilaporkan di Selangor khususnya membabitkan penyakit tidak berjangkit dan demam denggi yang semakin meningkat.
Dr Zaliha berkata hasil data yang diperoleh menerusi aktiviti yang dilaksanakan itu boleh diaplikasi untuk membentuk pelan tindakan yang efektif dan efisien di masa akan datang, selaras dengan aspek pemantauan dan pengumpulan data yang berkesan seperti dalam Kertas Putih Kesihatan.
Menyentuh mengenai kes kumulatif denggi yang semakin meningkat dalam negara, beliau berkata usaha pencegahan dan kawalan denggi turut diperkasakan melalui penglibatan sukarelawan MyCHAMPION COMBI di seluruh negara sebagai ejen perubahan tingkah laku masyarakat.
"Sehingga Jun 2023, sebanyak 3,320 pasukan sukarelawan MyCHAMPION telah ditubuhkan dengan penyertaan sebanyak 31,065 orang sukarelawan yang terdiri daripada kalangan komuniti di seluruh negara.
"Di Selangor, terdapat 482 lokaliti mempunyai sukarelawan MyCHAMPION COMBI dengan keahlian seramai 4,033 orang. Justeru, saya menyeru MyCHAMPION COMBI terus diperkasa agar mereka berperanan sebagai pempengaruh dalam membantu KKM laksanakan aktiviti pencegahan denggi," katanya.
Dalam majlis sama, Dr Zaliha bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari turut merasmikan acara pelepasan 150 jururawat Kolej Kejururawatan Sungai Buloh bagi sesi saringan kesihatan komuniti dari rumah ke rumah di kawasan berhampiran.
Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai inisiatif Skim Perubatan MADANI, Dr Zaliha berkata program yang telah dimulakan di Gombak, Selangor itu telah memberi manfaat kepada 44,000 penerima.
"Kami juga telah libatkan 27 klinik swasta di sekitar Gombak dan dalam minggu ini kami telah terima seramai 757 penduduk yang telah hadir ke klinik swasta ini.
"Insya-Allah, ini adalah projek rintis KKM, jika dalam masa dua ke tiga minggu ini kami dapat lihat kejayaannya, maka kami akan kembangkan lagi inisiatif ini di beberapa buah klinik lain di seluruh negara," katanya.
Skim perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis kerajaan melalui KKM bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 dan fasa rintis skim itu akan dilaksanakan di beberapa daerah antaranya Klang, Hulu Langat dan Gombak, Kinta (Perak), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).
Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2023

Dr Zaliha dan Amirudin ketika pelepasan mobilisasi jururawat pelatih pada Majlis Pelancaran Madani Afiat dan Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 dan One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Kebangsaan di Dewan Rakyat Batu Caves hari ini. -Bernama

9,500 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel
3,405 rakyat Palestin ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan di bawah dasar kontroversi Israel yang dikenali sebagai tahanan pentadbiran.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

D'Tandoor, MAHAR umum kerjasama jangka panjang usaha kemanusiaan Gaza
Kerjasama itu bertujuan meringankan penderitaan rakyat Gaza dengan menyediakan bantuan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas.

Kerajaan pertimbang pembenihan awan alternatif padam kebakaran ladang kelapa
Bagaimanapun, usaha itu bergantung kepada keperluan dan cuaca selain perlu bincang lebih dulu dengan METMalaysia dan JBPM.

Ibu nekad redah banjir bersama bayi berusia 21 hari
Nur Hijrah yang memiliki tiga anak berkata dia menganggap banjir yang berlaku sebagai ujian terutama pada Ramadan.

UK tarik balik sekatan ke atas bank pusat Syria, firma petroleum
Pejabat luar Britain tidak memberikan alasan mengenai penghapusan sekatan itu dan tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk komen.
Tiada ‘gunung sampah’ di New Delhi menjelang 2026
Ibu negara India, New Delhi, berjanji untuk membersihkan satu daripada tapak timbunan sampah terbesarnya menjelang 2026, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menghapuskan tapak pelupusan yang mencacatkan pemandangan bandar raya itu.
Kanada akan terus berdepan perang perdagangan dengan AS
Kanada akan terus terlibat dalam perang perdagangan dengan Amerika Syarikat menurut Perdana Menteri Justin Trudeau pada Khamis.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.

Mohamad Hasan tiba di Jeddah untuk Sesi Tergempar OIC mengenai Gaza
Ketibaan Mohamad disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, dan Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif.
EU perkukuh pertahanan, ikrar sokong Ukraine
Pemimpin-pemimpin Eropah pada Khamis bersetuju untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan dan terus menyokong Ukraine.

RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 diluluskan
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahaskan 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Kebajikan peniaga kecil diutamakan, tapi jangan ambil kesempatan berniaga tanpa lesen - Menteri
Kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan peniaga kecil, namun tidak bermakna mereka boleh mengambil kesempatan dengan berniaga secara haram di bazar Ramadan sekitar ibu kota.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Caj kesesakan: Kerajaan perlu teroka penyelesaian moden lebih holistik - Sivaraj
Antaranya, sistem pengurusan trafik pintar, perancangan jalan lebih efisien dan dasar yang menggalakkan kerja fleksibel boleh dipertimbang.

Caj kesesakan dijangka kurangkan 20 peratus kesesakan di Kuala Lumpur - Dr Zaliha
Pelaksanaan Caj Kesesakan dijangka dapat mengurangkan sekitar 20 peratus kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan yang sama mungkin dikenakan kepada pihak ketiga yang menyewa tapak sewaan daripada penerima lesen tersebut.

Kerajaan Persekutuan, Sabah perkukuh kerjasama pelancongan
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah mengesahkan komitmen mengukuhkan kerjasama dalam bidang pelancongan bagi memacu pertumbuhan ekonomi di kedua-dua wilayah itu.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.