SEREMBAN: Inkues bagi menentukan punca kematian Nour Rania Asyifaa Yuseri berusia 15 bulan ketika di bawah jagaan sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan di sini, akan bermula di Mahkamah Koroner di sini pada 22 Sept ini.
Hakim Rushan Lutfi Mohamed juga menetapkan 10 dan 17 Nov bagi prosiding inkues itu selepas kes disebut di hadapannya hari ini.
Prosiding kes itu sepatutnya berlangsung di hadapan Koroner lain, bagaimanapun beliau tidak dapat hadir kerana berkursus.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Husni Fairos Ramly yang bertindak sebagai pegawai pengendali inkues memohon mahkamah mengeluarkan perintah interim supaya bapa mangsa, Yuseri Yusoff tidak membuat sebarang perkongsian di laman sosial yang menyentuh peranan mahkamah, peguam dan polis bagi memastikan prosiding inkues itu berjalan lancar.
Rushan Lutfi membenarkan permohonan pendakwaan untuk mendapatkan perintah interim itu sehingga permohonan secara bertulis dikemukakan kepada mahkamah.
"Mahkamah mengarahkan Yuseri Yusoff supaya tidak membuat sebarang komen atau berkongsi maklumat atau dokumen dalam media sosial atau mana-mana media mengenai kes ini sehingga kes selesai," kata hakim itu.
BACA: Bapa 'Baby Syifa' diarah tidak buat kenyataan
Peguam Muhammad Amin Anuar dan Gaithri Thomas bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga bayi itu, manakala Norliana Ali Othman bagi pihak pengasuh dalam kes tersebut.
Media melaporkan pada 23 Feb lepas, Nour Rania atau 'baby Syifa' ditemui tidak sedarkan diri, selepas dipercayai lehernya tersangkut pada kain buaian di pusat asuhan itu pada kira-kira 3 petang.
Kejadian berlaku selepas mangsa dikatakan ditidurkan dalam buaian di sebuah bilik oleh pengasuhnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022

Yuseri Yusoff (kiri) bersama isteri Anida Idrus hadir di Mahkamah Koroner, hari ini pada prosiding inkues berhubung kematian anak mereka Nour Rania Asyifaa yang berusia 15 bulan. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Inkues kematian Nour Rania: 14 saksi beri keterangan
Empat belas saksi dipanggil memberi keterangan di Mahkamah Koroner pada prosiding hari pertama inkues bagi menyiasat punca kematian bayi 'Baby Syifa'.