Oppo Malaysia pada Selasa melancarkan telefon pintar terbaharu untuk pasaran tempatan iaitu Oppo F11 Pro.
Tentunya ramai yang menantikan kehadiran model tersebut yang mempunyai pelbagai inovasi dan teknologi terbaharu itu.
Dianggap sebagai telefon pintar terkini yang melengkapkan citarasa pengguna, Oppo F11 Pro kini berada di pasaran dengan harga jualan RM1,399.
Oppo F11 Pro hadir dengan skrin 6.53-inci LTPS LCD, menggunakan cip helio p70, memori 6Gb ram dan storan 64gb.
Ia turut dilengkapi sokongan pengecasan VOOC 3.0.
Untuk rakaman gambar, Oppo F11 Pro hadir dengan dwi-kamera belakang 48 Megapixel, selain kamera swafoto 16-Megapixel yang boleh dinaik dan diturunkan.
Antara ciri menarik produk Oppo bagi model ini termasuk kamera hadapan tersembunyi.
Sebelum ini kita telah melihat siri A, F,R dan Find dalam barisan telefon pintar Oppo, namun kini Oppo F11 Pro agak berbeza dari yang sebelumnya.
Antara yang paling menarik, Oppo F11 Pro ini direka cipta untuk merakamkan gambar walaupun dalam cahaya yang rendah.
Namun, kualitinya boleh dikategorikan hebat.
Ia bagi memudahkan dan membantu pengguna mengambil gambar pada waktu malam dengan dibantu teknologi Tetracell yang akan menganalisis dan menggabungkan data dari empat piksel bersebelahan.
Dengan dua kali bilangan piksel fotosensitif, ia akan meningkatkan sensitiviti cahaya dan membolehkan pengguna untuk merakam potret malam yang lebih jelas.
F11 Pro juga menggunakan teknologi mod Ultra Night dan mod Colour Dazzle.
Teknologi ini memanfaatkan teknologi AI dan teknologi pengurangan hingar berbilangan bingkai bagi mencapai pengurangan bunyi, penstabilan genggaman, cengkaman sorotan dan julat dinamik yang dipertingkatkan.
Teknologi tersebut sekaligus membekalkan pengguna untuk menangkap lebih banyak tahap kecerahan dan perincian yang biasanya melebihi had mata manusia.
Dengan kata lain, apabila pengguna merakam potret pada waktu malam, Oppo F11 Pro secara automatik boleh membezakan antara wajah manusia dengan latar belakang dan memastikan wajah manusia itu menjadi fokus kamera.
Oppo F11 Pro bukan sahaja merakamkan potret-potret yang hebat dengan kamera belakangnya, tetapi juga mengekalkan tradisinya sebagai pakar swafoto dalam siri F.
Swafoto yang menggunakan Oppo F11 Pro lebih bersifat semulajadi dan hebat.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Mar 19 2019
Sekitar majlis pelancaran Oppo F11 Pro di Bukit Kiara Equestrian Country Club, Kuala Lumpur, 19 Mac, 2019. - Astro AWANI
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat mangsa maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
Mayat buruh ditemukan terapung di jeti pasar ikan
Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terapung di perairan jeti tempat pemunggahan ikan di pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan.
Konsert Pinkfish: Sah ada dadah dalam darah empat yang maut - Polis
Polis mengesahkan empat individu yang maut semasa menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu, mempunyai kandungan dadah dalam darah mereka.
Tiga ditahan disyaki pukul OKU langgar gerai pasar tani
Polis menahan tiga lelaki bagi susulan kejadian lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu, pada Jumaat.
Sentuhan magis 'Pak Andam Megat' serikan pengantin lelaki
Menggalas tanggungjawab penting membangkitkan aura wajah pengantin, penampilan Megat Mat Akhir berjaya memikat perhatian ramai.
Kamera Sukan Olimpik ini ambil 40,000 gambar sesaat untuk acara balapan
Untuk kali pertama dalam sejarah Olimpik, hanya 0.005 saat membezakan kedudukan dua pelumba dalam acara akhir larian 100 meter pada Isnin.
iPhone 16 mungkin punyai butang fizikal khas untuk kamera
Laporan terbaru menyatakan yang iPhone 16 turut akan mempunyai butang khas untuk kamera.
Empat kamera AWAS dengan had laju 70kmj di Terowong Menora
Pemasangan kamera diharap menjadi elemen pencegahan untuk sebarang ketidaktentuan pemanduan di terowong yang selama ini menjadi 'focal point' kepada orang ramai.
Mari kita semua berganding bahu lawan pandemik COVID-19 - Saifuddin
Klip video berdurasi 1.38 minit, dengan tagline #passtheballnotcovid, dihasilkan oleh pasukan wanita Simba, juara Liga Bola Keranjang Komuniti Kebangsaan 2019 (WNCBL).
Google nyahaktif integrasi produk Xiaomi susulan 'kesilapan visual CCTV'
Isu berkenaan dihadapi oleh pengguna yang memiliki kamera keselamatan pintar Xiaomi Mijia 1080p, salah satu model yang menyokong produk Google Home.
JPJ nafi dakwaan hanya empat kamera AWAS berfungsi
JPJ juga menyangkal dakwaan kononnya jabatan itu tiada kepakaran untuk menjalankan pengoperasian kamera AWAS.
Snapchat perkenal ciri terbaharu, ciri kamera kini semakin bijak
Kamera Snapchat kini menjadi lebih bijak selepas selepas syarikat teknologi itu memperkenalkan ciri baharu untuk kamera dalam aplikasinya.
Inovasi baru Oppo F11 Pro bantu pengguna rakam potret malam lebih jelas
Dianggap sebagai telefon pintar terkini yang melengkapkan citarasa pengguna, Oppo F11 Pro kini berada di pasaran dengan harga jualan RM1,399.
#MataKantaAWANI: Tip rakam gambar kucing
Gelagat si comel anda memang perkara yang paling berharga untuk dirakam. Namun bagaimana untuk mengambil gambar kucing dengan baik?
SST: Kadar cukai kamera, telefon dikurangkan kepada 5 peratus
Kamera dan telefon adalah barangan terbaru yang kadar cukainya telah dikurangkan kepada 5 peratus daripada 10 peratus kadar cukai yang dikenakan sebelum ini.