KUALA LUMPUR: Hanya air sungai yang menjadi pengalas perut, sebelum tujuh remaja yang tersesat di Gunung Hitam, Hulu Langat, berjaya diselamatkan pasukan penyelamat 16 jam kemudian.
Mengimbas kembali detik yang mencemaskan itu, salah seorang remaja berkenaan, Mikhail Adam Yusri, 18, berkata, dia dan rakan-rakannya pada awalnya berhasrat untuk pergi ke Jeram Enam, Sungai Lawing, kerana diberitahu tempat itu lebih menarik.
Katanya lagi, sebelum memulakan perjalanan ke Jeram 6, mereka sempat mengalas perut dengan mi segera dan kopi sekitar jam 10 pagi, Ahad.
"Tempat yang kami pasang khemah tu di Jeram 1, dan kami bercadang ke Jeram 2. Dalam perjalanan ke tempat tersebut, ada orang bagi tahu ada lagi satu jeram, iaitu Jeram 6, dan jaraknya hanya 30 minit.
“Malangnya kami tersalah jalan kerana laluan ke jeram itu terdapat pokok tumbang. Jadi, kami cuba mencari laluan lain dan terus mendaki, dan akhirnya kami rasa macam tersasar jauh dari laluan asal.
“Jam ketika itu sudah 4 petang. Nak turun balik hujan sedang lebat. Kami asalnya bercadang untuk ikut laluan air sungai, tapi sebab hujan lebat, takut pula kepala air. Masuk hutan, trek sudah hilang. Sampai satu tahap, tak boleh turun atau naik, jalan mati,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mikhail Adam berkata, bagaimanapun mereka berasa syukur kerana sepanjang berada di dalam hutan, masih terdapat liputan telefon, dan mereka masih berjaya menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Namun, beliau berkata, pihak penyelamat ketika itu sukar untuk pergi ke lokasi mereka kerana faktor hujan lebat, menyukarkan mereka untuk berkongsi lokasi yang tepat dengan bomba.
“Dah dekat Maghrib, akhirnya hujan berhenti, dan kami mendengar bunyi air sungai berhampiran. Namun kami dapati untuk ke sungai itu laluan agak berbahaya dan curam. Tetapi kami tekad untuk mengambil risiko, sehingga terpaksa menggelungsur. Sampai sana, dekat nak ke sungai, dah dekat Maghrib. Dekat sungai itulah kami menghantar accurate location (tanda kedudukan tepat).
“Pada awalnya, bomba cakap tak boleh naik sebab keadaan berbahaya dan sudah malam. Lebih kurang esok pagi baru boleh naik. Tetapi akhirnya, sebab mereka sedia maklum keadaan kami, 11.30 malam kami diberitahu bahawa mereka buat keputusan untuk naik juga. Bermula dari jam 11.30 malam, akhirnya pukul 1.55 pagi baru jumpa kami,” imbasnya lagi.
Mikhail Adam berkata, biarpun tersesat selama 16 jam dan hanya air sungai menjadi pengalas perut, mereka berasa amat bersyukur kerana berjaya ditemui dengan selamat.
Terdahulu media melaporkan, tujuh remaja yang dilaporkan hilang ketika menuruni Gunung Hitam dekat Sungai Lui, Hulu Langat ditemui selamat di lokasi kira-kira 500 meter dari tapak perkhemahan mereka pada 1.51 pagi Isnin.
Usaha membawa turun kesemua mangsa berusia sekitar 18 tahun itu dilakukan oleh 36 anggota mencari dan menyelamat terdiri daripada pasukan bomba, polis dan penduduk tempatan.
Komander Operasi Penguasa Kanan Bomb 1, Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, kesemua mangsa ditemui dalam keadaan terkejut namun selamat dan usaha membawa turun mangsa mengambil masa sekitar tiga hingga empat jam.
Firdaus Azil
Mon Sep 06 2021
Mikhail Adam berkata, juadah terakhir yang dijamah mereka sebelum tersesat selama 16 jam, hanyalah mi segera dan air kopi. - Foto: Mikhail Adam Yusri
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Insiden Gunung Hitam: Sesat 16 jam, hanya air sungai pengalas perut tujuh remaja
Mikhail Adam berkata, juadah terakhir yang dijamah mereka sebelum tersesat selama 16 jam, hanyalah mi segera dan air Nescafe.