Polis menyangkal laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa mereka tidak menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat Sabtu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa menegaskan polis sememangnya menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden itu yang meliputi kecurian, merusuh, perlakuan khianat dan hasutan di samping mengenal pasti punca sebenar insiden terbabit.
"Polis Kuala Lumpur telah membuka kertas siasatan untuk kes kecurian dengan pertuduhan terhadap seorang suspek telah dilakukan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
"Selain itu, terdapat lima individu yang telah ditangkap di bawah Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan melakukan khianat manakala seorang lagi individu telah ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tajudin turut menasihatkan masyarakat khususnya badan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan polis.
"Saya juga menyeru orang ramai supaya tampil ke balai polis berdekatan jika terdapat sebarang maklumat berkaitan insiden ini agar siasatan yang dijalankan polis telus dan meliputi segala aspek," katanya.
Sabtu lalu, berlaku insiden pergaduhan di Plaza Low Yat yang didakwa berpunca daripada perasaan tidak puas hati seorang lelaki yang dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.
Pengawal keselamatan bertindak menyerahkan lelaki itu kepada polis, lanjutan daripada itu, rakan lelaki terbabit menghubungi rakan-rakannya lain lalu bertindak memukul pekerja di situ dan memecah barang-barang di dalam kedai terbabit yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM70,000.
Pada Ahad, dianggarkan beratus-ratus orang dipercayai rakan kepada lelaki yang ditahan polis berkumpul di hadapan plaza itu mulai 8 malam, sehingga berlakunya pergaduhan yang berlarutan ke awal pagi.
Sehingga kini polis menahan 25 individu yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat itu.
Bernama
Wed Jul 15 2015

Orang ramai diseru tampil ke balai polis berdekatan jika terdapat sebarang maklumat berkaitan insiden rusuhan di Plaza Low Yat agar siasatan yang dijalankan polis telus dan meliputi segala aspek.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Lelaki gaduh guna senjata tajam ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam insiden tular pergaduhan bersenjata di kawasan Merlin Tower, Johor Bahru, petang semalam.

KBS kecam insiden pergaduhan penyokong bola sepak di stesen LRT
Katanya menang atau kalah adat pertandingan, namun tidak bermakna boleh bertindak sewenangnya hingga merosakkan aset kerajaan dan harta benda awam.

Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas
Kedua-dua pengadil itu gagal membuat keputusan yang tepat berhubung insiden situasi penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84.

Polis siasat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah bergaduh
Polis buka kertas siasatan berkaitan isu pergaduhan melibatkan Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dengan orang awam di sebuah lokasi di bandaraya Alor Setar.

Sultan titah supaya pasukan, penyokong Selangor FC jaga tingkah laku
Pesanan itu disampaikan oleh baginda melalui sepucuk warkah kepada pengurusan Selangor FC pada 10 Okt lepas.

Peniaga sayur ditahan toreh leher lelaki kerana isu parkir
Seorang peniaga sayur rakyat tempatan ditahan selepas dipercayai menoreh leher seorang lelaki dalam insiden perselisihan faham di kawasan parkir Program Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Kepong.

Mula-mula bergurau, kemudian bergaduh
Tindakan telah diambil di mana seramai empat pelajar berusia 16 hingga 17 tahun ditahan.

Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.

Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera
Kejadian pada 9 Mei itu mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

Polis giat kesan warga asing gaduh guna tongkat di lebuh raya
Berdasarkan siasatan awal, punca kejadian berlaku akibat ketidakpuasan suspek kerana dihalang ketika menggunakan laluan kecemasan.