KUALA LUMPUR: Polis telah menyerahkan laporan kertas siasatan berhubung kes rusuhan di sebuah tokong di Salak Selatan dekat sini kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya telah menyerah kertas siasatan itu dengan cadangan pertuduhan di bawah Seksyen 148, Seksyen 186 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
"Selain itu, cadangan pertambahan pertuduhan di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021.
"Ia memandangkan kesemua suspek telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan iaitu berkumpul beramai-ramai di tempat awam," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.
BACA: Polis nafi rusuhan berpunca daripada tindakan roboh tokong, 4 individu ditahan
Beliau berkata, pihaknya menahan seramai empat lelaki berusia antara 18 hingga 50 tahun pada hari kejadian.
"Kesemua suspek itu telah direman selama dua hari bermula Rabu hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan menggunakan senjata berbahaya dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya.
Menurut beliau, pihaknya berjaya menahan dua lelaki lagi berusia 38 dan 56 tahun pada jam 8.30 malam, Rabu.
"Kita telah mengepung kawasan tokong untuk membuat tangkapan pada jam 1.30 pagi, Khamis, namun pihak tokong telah menyerah diri serta menyerahkan satu surat permohonan maaf yang ditujukan kepada polis.
"Kita telah menahan seramai 12 lelaki dan enam wanita berusia antara 18 hingga 84 tahun, namun kita membebaskan dua suspek dengan jaminan polis atas faktor usia.
Muhammad Idzam memaklumkan susulan tangkapan 24 individu itu, polis telah berjaya menangkap kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian rusuhan tersebut.
Pada Selasa, satu video berkaitan isu itu telah tular di media sosial.
Muhammad Idzam dalam kenyataannya pada Selasa menafikan terdapat tindakan untuk merobohkan mana-mana tokong dalam kejadian tersebut.
Beliau berkata, dalam kejadian pada jam 11.45 pagi hingga jam 4 petang itu, satu operasi telah dijalankan oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk membina pagar penghadang ‘hoarding' bagi membina jalan untuk dijadikan laluan ke sebuah sekolah berhampiran sebuah tokong di Salak Selatan.
Bagaimanapun katanya, semasa operasi sedang dijalankan terdapat kira-kira 30 orang lelaki dan perempuan membawa kayu dan besi bertindak menghalang serta memecahkan cermin jentolak selain menyerang anggota polis yang bertugas di tempat kejadian.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian: Kertas siasatan kes rusuhan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya
Sinar Harian
Fri Oct 01 2021
![Insiden rusuhan: 24 ditahan, pihak tokong mohon maaf - Polis Insiden rusuhan: 24 ditahan, pihak tokong mohon maaf - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633102453_ditahanpihakto.jpg)
Muhammad Idzam memaklumkan susulan tangkapan 24 individu itu, polis telah berjaya menangkap kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian rusuhan tersebut. - Gambar/ FB Polis KL
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).
MyCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bil - Armizan
MyCC menggerakkan strategi khusus untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap satu daripada cabang aktiviti kartel sejak sekian lama, iaitu pakatan tipuan bida.
Atasi kegagalan CEO GLC urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.
Tiga lelaki didakwa terlibat rusuhan, miliki pisau
Lelaki terlibat rusuhan, mengaku bersalah, memiliki pisau dan didakwa di Mahkamah Majistret
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup bermula 9 hingga 14 Februari
Sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut 11 Februari ini, tujuh jalan utama sekitar Batu Caves yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak akan ditutup bermula 8 Februari ini hingga 14 Februari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
![Polis tahan tiga lelaki disyaki pecah masuk pejabat Parlimen Kulai Polis tahan tiga lelaki disyaki pecah masuk pejabat Parlimen Kulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721945189_Tigalelakipecahma.jpg)
Polis tahan tiga lelaki disyaki pecah masuk pejabat Parlimen Kulai
Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.
![Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716360974_sambutanHariWesak.jpg)
Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara
Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini.
![Tahun Baharu Cina: 37 tokong sekitar ibu kota diperiksa Tahun Baharu Cina: 37 tokong sekitar ibu kota diperiksa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707471466_TBTAHUNBAHARUCIN.jpg)
Tahun Baharu Cina: 37 tokong sekitar ibu kota diperiksa
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur telah melakukan pemeriksaan terhadap 37 tokong di sekitar ibu kota, sempena Tahun Baharu Cina esok.
![Kenyataan Guan Eng semai kebencian terhadap pemimpin politik Islam - Armada Kenyataan Guan Eng semai kebencian terhadap pemimpin politik Islam - Armada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688869583_Ahlipolitik.jpg)
Kenyataan Guan Eng semai kebencian terhadap pemimpin politik Islam - Armada
Wan Ahmad Fayhsal berkata, ia merupakan kenyataan biadab dan perkauman serta sangat keji dan boleh mengancam ketenteraman awam.
!['No comment... nanti orang cakap saya lawan raja, derhaka' - Sanusi 'No comment... nanti orang cakap saya lawan raja, derhaka' - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653309602_TBMASHUPORANGj.jpg)
'No comment... nanti orang cakap saya lawan raja, derhaka' - Sanusi
Menurut Muhammad Sanusi, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan beliau digelar 'derhaka' dan melawan institusi raja.
![Sambutan Hari Wesak meriah walau beberapa acara utama tidak dilaksanakan Sambutan Hari Wesak meriah walau beberapa acara utama tidak dilaksanakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652612184_TBWESAK.jpg)
Sambutan Hari Wesak meriah walau beberapa acara utama tidak dilaksanakan
Penganut agama Buddha bersama anggota keluarga masing-masing mula mengunjungi tokong pada awal pagi bagi menjalankan upacara keagamaan.
![Insiden rusuhan: 24 ditahan, pihak tokong mohon maaf - Polis Insiden rusuhan: 24 ditahan, pihak tokong mohon maaf - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633102453_ditahanpihakto.jpg)
Insiden rusuhan: 24 ditahan, pihak tokong mohon maaf - Polis
Polis telah menyerahkan laporan kertas siasatan berhubung kes rusuhan di sebuah tokong di Salak Selatan di sini kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Jumaat.
![Polis nafi rusuhan berpunca daripada tindakan roboh tokong, 4 individu ditahan Polis nafi rusuhan berpunca daripada tindakan roboh tokong, 4 individu ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81632837688_gaduh.jpg)
Polis nafi rusuhan berpunca daripada tindakan roboh tokong, 4 individu ditahan
Semasa operasi sedang dijalankan terdapat lebih kurang 30 orang lelaki dan perempuan berbangsa Cina membawa kayu dan besi.
![Lelaki jumpa bayi dibuang ingin ambilnya jadi anak angkat Lelaki jumpa bayi dibuang ingin ambilnya jadi anak angkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61612695560_bayi.jpg)
Lelaki jumpa bayi dibuang ingin ambilnya jadi anak angkat
Mohd Hanif Zaini, 29, dan isterinya, Sharifah Zurini Syed Mat Noor, 29, sudahpun mempunyai nama untuk diberikan kepada bayi berkenaan iaitu Maryam, walaupun menyedarinya prosesnya bukan mudah.
!['Mula-mula terdengar seperti anak kucing' - Jumpa bayi dalam beg ketika sedang joging 'Mula-mula terdengar seperti anak kucing' - Jumpa bayi dalam beg ketika sedang joging](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612620036_jumpabayi.jpg)
'Mula-mula terdengar seperti anak kucing' - Jumpa bayi dalam beg ketika sedang joging
Seorang lelaki terkejut apabila menjumpai seorang bayi perempuan yang dibalut dengan kain batik ketika sedang berjoging, petang tadi.