KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi yang cedera ditembak dalam kejadian di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Muhammad Nur Hadith Zaini selesai menjalani pembedahan usus jam 4.30 petang di Hospital Cyberjaya, di sini pada Selasa.
Isteri mangsa, Siti Noraida Hassan memberitahu, suaminya kini diletakkan di bawah pemantauan rapi doktor antara lima dan enam hari bagi memastikan keadaannya lebih baik dan menunjukkan perkembangan positif.
Bagaimanapun, kata Siti Noraida, doktor memaklumkan suaminya mungkin perlu menjalani rawatan dialisis sementara.
"Limpa suami saya juga cedera, doakan sembuh segera," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Selasa.
Siti Noraida, yang merupakan ibu kepada tiga anak itu memberitahu, keadaan Muhammad Nur ketika ini stabil.
Terdahulu, Siti Noraida dalam satu kemas kini di laman Facebook peribadinya, memohon agar rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan dan keselamatan suaminya.
Dalam kejadian jam 1.20 pagi Ahad lalu, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena mangsa.
Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi antara suspek dan isterinya.
Umavathi Ramayah
Tue Apr 16 2024

Siti Noraida, yang merupakan ibu kepada tiga anak itu memberitahu, keadaan Muhammad Nur ketika ini stabil. - Sumber foto FB Siti Noraida
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Insiden tembak KLIA: Pengawal peribadi selesai jalani pembedahan, mungkin perlu dialisis sementara
Pengawal peribadi yang cedera ditembak dalam kejadian di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur, Muhammad Nur Hadith Zaini selesai menjalani pembedahan usus jam 4.30 petang.