Institusi kehakiman perlu lebih tegas dengan mengenakan hukuman berat ke atas pesalah rasuah dalam usaha menegakkan keadilan serta membanteras gejala tidak sihat itu secara menyeluruh, kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah.
Beliau berkata hukuman yang dikenakan juga haruslah dapat menjadi teladan dan menimbulkan ketakutan kepada rakyat dan sekali gus dapat mengekang gejala rasuah daripada terus menjadi kudis dalam masyarakat.
"Naluri dan perasaan rakyat yang sangat marah kepada perasuah ini perlu diterjemahkan oleh mahkamah dengan hukuman yang boleh mendatangkan kegerunan kepada orang lain agar perbuatan itu tidak jadi ikutan, kerana ada yang mencadangkan agar diberikan hukuman sebat kepada pesalah rasuah.
"Tidak perlulah hukuman sebat kerana hukuman sedia ada telah memadai, yang perlu adalah pertimbangan hukuman yang benar-benar setimpal dan memberi pengajaran," katanya dalam sidang media berhubung gejala rasuah, hukuman dan kekangan di sini, hari ini.
Beliau juga menegaskan supaya mahkamah lebih konsisten dalam menjatuhi hukuman dan perlu menghormati peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan.
Selain itu Mohd Noor juga mencadangkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar melantik bekas hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk menjadi perunding di dalam institusi itu bagi membantu proses pendakwaan kes-kes rasuah berprofil tinggi.
Beliau berkata pengalaman bekas hakim dalam mengendalikan kes-kes rasuah yang berprofil tinggi secara langsung dapat membantu melancarkan proses pendakwaan dan mengelakkan kes itu digugurkan.
"SPRM boleh mengambil hakim-hakim yang telah bersara ini bagi membantu proses pendakwaan sama ada secara berterusan ataupun add-hoc, bagi kes-kes yang berprofil tinggi sahaja," katanya.
Beliau juga berharap usaha berterusan yang dilakukan oleh SPRM dengan membongkar satu demi satu kes rasuah di negara khususnya yang melibatkan pelaku dalam kalangan penjawat awam akan menghentikan gejala itu sehingga ke akar umbi.
"Saya percaya SPRM mempunyai strategi tersendiri, selepas ini diharapkan pemberi rasuah pula dibawa ke muka pengadilan dan seterusnya membanteras gejala ini hingga ke penghujungnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2017

MOHD NOOR: Institusi kehakiman perlu lebih tegas dengan mengenakan hukuman berat ke atas pesalah rasuah dalam usaha menegakkan keadilan. - fotoBERNAMA

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Institusi kehakiman perlu hukum berat pesalah rasuah - Bekas hakim
Institusi kehakiman perlu lebih tegas dengan mengenakan hukuman berat ke atas pesalah rasuah dalam usaha menegakkan keadilan, kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah.