JOHOR BAHRU: Polis Antarabangsa (Interpol) telah mengeluarkan 'notis merah' terhadap ahli perniagaan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, yang mengetuai sindiket 'Geng Nicky' dan juga pembantunya.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, notis merah terhadap Liow dikeluarkan Interpol dua hari lalu (20 April), manakala notis ke atas pembantunya dikenali sebagai Niu Zhe, 31, warga China, telah dikeluarkan semalam.
Pengeluaran notis itu susulan permohonan yang dibuat polis Malaysia sebelum ini, bagi mengesan dan menangkap Liow.
"Kedua-dua mereka telah mendapat notis merah" katanya ringkas semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.
Selain itu, beliau juga mengesahkan seorang pegawai polis telah ditahan berhubung geng sama, namun enggan mengulas lanjut kerana operasi untuk menjejaki individu terlibat masih dijalankan.
"Saya tidak mahu membuat kenyataan satu persatu. Jika ada tangkapan susulan, Polis Johor akan buat sidang media. Apa yang pasti, operasi masih lagi berterusan dan akan ada tangkapan susulan," katanya.
Hari ini, akhbar tempatan mendedahkan bahawa polis telah menahan seorang pegawai kanan berpangkat ASP, berhubung kegiatan jenayah terancang diketuai oleh Liow.
Dalam isu lain, Ayob Khan memaklumkan seorang lelaki telah ditahan kerana didapati menyamar sebagai peguam istana Diraja Johor, untuk memperdaya sebuah syarikat pengiklanan dengan bayaran pemasangan papan iklan sebanyak RM185,000.
Katanya, lelaki berusia 51 tahun itu ditahan pada pukul 9.40 pagi tadi, di Kampung Dato Onn Jaafar, Johor Bahru susulan satu laporan polis yang dibuat pada 31 Mac 2011, berkaitan penipuan individu menyamar sebagai peguam Istana Diraja Johor.
"Individu itu yang juga merupakan seorang peguam, telah memperdaya syarikat berkenaan dengan membuat penyamaran untuk mendapatkan pembayaran cas pemasangan papan iklan sebanyak RM185,000 di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
"Peguam ini akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok di bawah Syeksen 420 Kanun Keseksaan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 22 2021

Pengeluaran notis itu susulan permohonan yang dibuat polis Malaysia sebelum ini, bagi mengesan dan menangkap ahli perniagaan itu.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Interpol keluar notis merah buru Datuk Seri Nicky
Pengeluaran notis itu susulan permohonan yang dibuat polis Malaysia sebelum ini, bagi mengesan dan menangkap ahli perniagaan itu.

Datuk Seri Nicky Liow belum ditangkap - Polis Johor
Ayob Khan menegaskan, berita yang tular di media sosial mengatakan sebaliknya, adalah tidak benar dan palsu.