PUTRAJAYA: Intervensi awal amat penting untuk anak-anak Sindrom Down bagi memastikan mereka dapat belajar lebih cepat dan mampu berdikari, kata Ahli Dewan Negara yang mewakili golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
"Intervensi awal amat penting supaya diberi pergerakan di dalam otak mereka agar mereka boleh bercakap dengan lebih baik dan bermain seperti anak-anak lain," katanya selepas majlis berbuka puasa bersama anak-anak daripada Persatuan Sindrom Down Malaysia, di sini, pada Jumaat.
Majlis dianjurkan oleh D'Tandoor Food Industries Sdn Bhd bagi meraikan 60 orang termasuk anak Sindrom Down serta memberi sumbangan duit raya kepada anak istimewa.
Turut hadir Pengarah Urusan D'Tandoor Group of Companies Datuk Abdul Malik Abdullah.
Ras Adiba yang juga Presiden OKU Sentral dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), menyeru ibu bapa kepada anak Sindrom Down agar menghantar anak mereka ke sekolah khas bagi membolehkan anak berkenaan belajar seawal mungkin.
"Kadang-kadang ibu bapa fikir nak lindungi anak-anak, sebenarnya tidak apabila tidak memberikan mereka peluang untuk belajar seperti anak yang lain," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Sindrom Down Malaysia Hanizah Hussin berkata kesedaran masyarakat mengenai anak Sindrom Down harus ditingkatkan agar mereka tahu anak istimewa tersebut mempunyai kemampuan untuk bekerja.
"Kita ingin memberitahu masyarakat bahawa insan istimewa ini perlu ke depan kerana mereka mempunyai keupayaan, bukan kurang upaya sepenuhnya. Mereka boleh diajar kerana mempunyai fizikal yang bagus dan sangat fokus," katanya.
Hanizah berkata golongan istimewa itu boleh diberi peluang bekerja bergantung pada inisiatif ibu bapa dan penerimaan majikan.
Menurutnya, dalam setiap 800 kelahiran akan ada satu anak Sindrom Down dan dianggarkan terdapat 40,000 hingga 50,000 anak Sindrom Down di negara ini.
Mengenai program imunisasi COVID-19, Hanizah berkata seramai 50 individu yang mengalami Sindrom Down akan diberikan vaksin itu mengikut giliran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 16 2021

Ras Adiba menyeru ibu bapa kepada anak Sindrom Down agar menghantar anak mereka ke sekolah khas bagi membolehkan anak berkenaan belajar seawal mungkin. - Bernama

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.

Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024
Kerajaan negeri hari ini menyalurkan insentif RM99,775 kepada atlet, pengurus pasukan dan jurulatih yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.

Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.

OKU kutip makanan tamat tempoh tampung hidup lima beranak
Kesusahan hidup memaksa seorang lelaki kurang upaya (OKU) memberi makanan tamat tempoh kepada keluarganya bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.

KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.

15 PPDK di Wilayah Persekutuan terima peruntukan lebih RM700,000
Dana itu bagi memastikan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) mendapat sokongan sewajarnya untuk menjalani kehidupan lebih produktif.