IPOH: Ipoh digelar bandar paling murah di Asia dan dunia bagi persekolahan antarabangsa pada 2022, berdasarkan kajian Pangkalan Data Sekolah Antarabangsa (ISD), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pada masa sama, seperti tahun sebelumnya, China terus mendominasi sebagai negara paling mahal di Asia untuk sekolah antarabangsa, menurut kajian tersebut.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata, buat pertama kalinya, Ipoh tersenarai dalam pangkalan data tersebut bersama 19 bandar lain.
"Bandar lain yang tersenarai ialah seperti Beijing (China, Shanghai (China), Shenzhen (China), Guangzhou (China), Taipei (Taiwan), Yangon (Myanmar), Bangkok (Thailand).
"Begitu juga Kyoto (Jepun), Osaka (Jepun), Kobe (Jepun), Pattaya (Thailand), Chiang Mai (Thailand), Phuket (Thailand), Manila (Filipina), Johor Bahru (Malaysia), Bali (Indonesia), Pulau Pinang (Malaysia), Kuala Lumpur (Malaysia) dan Phnom Penh (Kemboja).
"Ipoh ialah bandar baharu yang termasuk dalam penyelidikan terbaharu ISD dan telah diberi gelaran lokasi paling murah di Asia.
"Manakala kos sekolah antarabangsa dari ibu negara Kemboja Phnom Penh pula menduduki tempat kedua terendah kali ini.
"Harga di Ipoh berkisar antara AS$2,316 hingga AS$3,065 setahun, yang sangat berbeza dengan bandar paling mahal di Asia, Beijing.
"Harga di metropolis China ini berjulat dari atas AS$10,000 hingga hampir AS$40,000 setahun," katanya.
Rumaizi berkata demikian ketika berucap mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Januari 2023 di Dewan Mesyuarat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), di sini, hari ini.
Katanya, daripada 20 bandar yang termasuk dalam analisis ISD Asia, 16 mempunyai harga di bawah AS$15,000 setahun iaitu Taipei, Yangon, Bangkok, Kyoto-Osaka-Kobe, Pattaya, Chiang Mai, Phuket, Manila, Johor Bahru, Bali, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Phnom Penh dan Ipoh.
Tambahnya, Malaysia dan Thailand adalah negara paling berpatutan di Asia apabila melibatkan kos pendidikan antarabangsa.
"Tiga bandar Thailand (Pattaya, Chiang Mai dan Phuket) dan empat bandar Malaysia (Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Ipoh) termasuk dalam 10 lokasi paling murah di benua Asia.
"Di peringkat global, New York City kekal sebagai metropolis paling mahal di seluruh dunia untuk persekolahan antarabangsa.
"Malah, ia menjadi lebih mahal sejak 2021, dengan harga maksimum mendahului AS$60,000 setahun buat kali pertama," kata Rumaizi.
Ujarnya lagi, Switzerland kekal sebagai negara Eropah yang paling mahal untuk persekolahan antarabangsa.
Manakala Copenhagen kekal sebagai bandar paling murah untuk persekolahan antarabangsa di Eropah, walaupun reputasinya sebagai destinasi kos tinggi.
Aida Aziz
Tue Jan 31 2023

Buat pertama kalinya, Ipoh tersenarai dalam Pangkalan Data Sekolah Antarabangsa PBB bersama 19 bandar lain. - Gambar fail

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.

Guru tuisyen ditemukan mati dengan kesan kelar di leher
Wanita itu ditemui dalam keadaan terlantar berlumuran darah di atas lantai di tingkat dua sebuah rumah kedai yang dijadikan pusat tuisyen.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.

Mydin Meru Raya beroperasi seperti biasa
Pengurusan Mydin Meru Raya memaklumkan, pengoperasian itu dilakukan selepas mendapat kebenaran dan kelulusan daripada pihak JBPM.

Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.

Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Ipoh.

Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.

Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni
Tertuduh, Muhammad Firdaus Zohare, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.