SHAH ALAM: Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan memberi pelepasan kuliah kepada pelajar untuk pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang ditetapkan 12 Ogos nanti.
Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin berkata, cuti pelepasan tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Menurutnya, ia bagi memberi peluang kepada pelajar menunaikan tanggungjawab kepada negara dan prihatin terhadap sistem pentadbiran serta pembentukan kerajaan berdemokrasi.
“Kelas dan aktiviti yang melibatkan pelajar pada hari cuti pelepasan akan ditangguhkan dan diadakan pada suatu tarikh lain.
“Pihak pengurusan universiti mempertimbangkan pelepasan kuliah bagi memberi ruang pelajar untuk kembali melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia,” katanya kepada Sinar Ahad.
Pada 5 Julai lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian bagi PRN akan dilaksanakan serentak pada 12 Ogos depan.
Sementara itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak merancang untuk menghantar pelajar pulang sempena PRN.
Bagaimanapun, Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP) akan mempermudahkan urusan permohonan balik bagi memastikan mereka boleh menjalankan tanggungjawab mengundi.
"Proses permohonan untuk pelajar pulang akan dilaksanakan dengan baik mengikut prosedur ditetapkan pihak universiti.
"HEP akan memudahkan urusan permohonan balik mana-mana pihak termasuk agensi kerajaan negeri yang menyediakan pengangkutan bagi mahasiswa pulang mengundi," jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 09 2023
Yuserrie (kiri) berkata, aktiviti yang melibatkan pelajar pada hari cuti pelepasan akan ditangguhkan, sementara Mohd Ekhwan berkata, HEP akan memudahkan urusan pihak yang menyediakan pengangkutan bagi mahasiswa pulang mengundi. - Foto Sinar Harian
Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri
Gara-gara lambat keluar dari pusat beli-belah selepas membeli nasi ayam menjadi punca seorang wanita ditampar suaminya dalam kejadian di Kota Warisan baru-baru ini.
AWANI Ringkas: TVET semakin berkembang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kanada kenakan tarif balas ke atas AS
Kanada akan bertindak balas terhadap tarif baharu Presiden Donald Trump dengan mengenakan tarif 25% ke atas barangan AS, termasuk minuman dan peralatan elektrik, kata Perdana Menteri Justin Trudeau pada Sabtu.
Dalam satu sidang media, Trudeau mengumumkan bahawa Kanada akan mengenakan tarif ke atas barangan AS bernilai 155 bilion dollar Canada bersamaan dengan 107 bilion dollar Amerika.
Dalam satu sidang media, Trudeau mengumumkan bahawa Kanada akan mengenakan tarif ke atas barangan AS bernilai 155 bilion dollar Canada bersamaan dengan 107 bilion dollar Amerika.
Buaya di Pantai Cermin Port Dickson, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati
Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di Pantai Cermin.
Hamas bebas tiga lagi tahanan Israel
Kumpulan pejuang Hamas membebaskan tiga lagi tahanan Israel, dalam pembebasan keempat sejak perjanjian gencatan senjata bermula pada 19 Januari lalu.
AKPS diperluas di pintu sempadan negara
Pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara.
Lelaki mengaku salah bakar lima motosikal dipenjara 12 tahun
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas mengaku bersalah kerana kesalahan membakar lima motosikal milik penduduk kampung.
Abdul Gafar dilantik Datuk Bandar Alor Setar
Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda Datuk Abdul Gafar Yahya dilantik Datuk Bandar Alor Setar yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Hujan berterusan tahap waspada di Sarawak sehingga Rabu
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 5 Februari di tujuh kawasan di Sarawak.
Situasi terkini banjir di Sabah
Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baru dibuka di Tongod, pagi ini, berikutan banjir melanda semula beberapa kampung di daerah itu selepas satu PPS ditutup semalam.
Bersama di talian wakil Astro AWANI Sabah, Ridzal Abdullah.
Bersama di talian wakil Astro AWANI Sabah, Ridzal Abdullah.
Kebolehpasaran lulusan TVET meningkat - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran pelajar yang mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) setakat ini berada sekitar 97.4 peratus, hasil kolaborasi pemain industri dan institusi TVET.
Sekolah, institusi pendidikan KPM buka 20 Januari, IPT 1 Mac - Muhyiddin
Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan dibuka pada 20 Jan mengikut takwim yang diumumkan sebelum ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kemasukan semula pelajar antarabangsa ke IPT bermula 1 Januari - Noraini
Noraini bagaimanapun berkata, kebenaran itu tidak termasuk pelajar dari United Kingdom (UK).
COVID-19: Cuepacs sokong saranan KPT tangguh pendaftaran kemasukan pelajar dari zon merah
Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata ia kerana kes semasa wabak COVID-19 semakin meningkat setiap hari.
Kementerian Perpaduan pastikan kelab, sekretariat Rukun Negara diwujudkan di seluruh negara
Setakat ini terdapat 6,621 Kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sejak 2004 dan 172 Sekretariat Rukun Negara di IPT.
UNISEL nafi pensyarah terlibat dalam gabungan 115 ilmuan PhD
Dakwaan pensyarah atau institusi berkenaan terlibat dalam gabungan itu adalah tidak benar.
Larangan merokok di IPTA, IPTS dipertimbang - Kementerian
Kementerian Kesihatan sedang menimbang kemungkinan meluaskan lagi kawasan larangan merokok sehingga ke universiti.
Enam pelajar IPTA, janda antara dicekup berkhalwat
Pasangan itu antara enam pasangan yang ditahan selepas disyaki berkhalwat tanpa sebarang ikatan sah di beberapa bilik hotel sekitar Melaka.
Pelajar IPTA maut dikelar teman lelaki
Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) maut dipercayai dikelar teman lelakinya di kilometer 228.2, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Gantang tengah hari tadi.
Isu PTPTN: Pendapatan lebih RM8,000 tetap dapat pinjaman
Orang ramai yang tidak menerima BR1M iminta tidak risau dengan pengurangan pembiayaan baharu PTPTN yang diumum 1 November lepas.