Skip to main content

Malaysia

Isa Samad jalani prosedur berkaitan jantung di Hospital Serdang

81685180553_Isasamad.jpg
Mohd Isa kini menjalani hukuman penjara enam tahun atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3.09 juta membabitkan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak, 12 tahun lalu. - Gambar fail
Advertisement

SEREMBAN: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohd Isa Abdul Samad yang kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Sungai Buloh, akan menjalani prosedur berkaitan jantung di Hospital Serdang, pagi Khamis.

Ahli keluarga bekas Pengerusi Felda itu menerusi WhatsApp memohon doa orang ramai supaya prosedur berkenaan berjalan lancar.

"Pihak keluarga dengan rendah hati memohon kepada semua sahabat-handai serta semua yang mengenali beliau agar mendoakan supaya prosedur tersebut berjalan lancar dan segala urusan dipermudahkan.

"Semoga Allah mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan kesihatan yang baik kepada beliau," katanya.

Pihak keluarga turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Penjara Malaysia serta pasukan doktor, jururawat dan seluruh warga Hospital Serdang atas perhatian, penjagaan dan rawatan yang diberikan.

"Terima kasih atas segala doa dan keprihatinan," katanya.

Mohd Isa kini menjalani hukuman penjara enam tahun atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3.09 juta membabitkan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak, 12 tahun lalu.

Pada 2018, Mohd Isa didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya melalui bekas pegawai khasnya, Muhammad Zahid Md Arip, daripada bekas Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), Ikhwan Zaidel.

Ia sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian MPHS di Kuching pada harga RM160 juta oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB). - Sinar Harian

Must Watch Video

Advertisement