KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengingatkan umat Islam mengenai tegahan berpakaian yang menyerupai jantina lain, seperti yang ditetapkan dalam syariat agama.


Ringkasan AI
  • Islam melarang lelaki untuk menyerupai wanita melalui pemakaian barang perhiasan yang hanya dikhususkan untuk wanita. Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), wanita juga dilarang memakai pakaian yang dipakai oleh lelaki dan berlagak seperti seorang lelaki.


Katanya, Islam melarang lelaki daripada menyerupai wanita melalui pemakaian barang perhiasan yang hanya dikhususkan untuk wanita.

Pada masa sama, wanita juga dilarang memakai pakaian yang dipakai oleh lelaki dan berlagak seperti seorang lelaki.

"Daripada Abu Qatadah, bahawasanya Rasulullah bersabda yang bermaksud: Rasulullah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki. (Riwayat Abu Daud (4098).

"Islam menetapkan bahawa lelaki hendaklah menjadi lelaki begitu juga perempuan hendaklah menjadi perempuan mengikut sunnatullah yang telah ditetapkan.

"Hikmah Allah dalam penciptaan sudah pasti membawa pelbagai rahmat dan rahsia-Nya kepada makhluk seperti manusia," katan JAKIM menerusi satu muat naik di laman media sosial.


Kenyataan JAKIM itu dikeluarkan tanpa merujuk mana-mana pihak.

Bagaimanapun, ia dipercayai susulan video dan gambar yang tular di media sosial berhubung beberapa individu lelaki yang mengenakan pakaian fesyen keterlaluan dan menyerupai wanita semasa Anugerah Juara Lagu 39 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad.