KUALA TERENGGANU: Seorang buruh bertindak menetak isterinya menggunakan parang dipercayai selepas mangsa meminta cerai dalam kejadian di Ketengah Jaya, Dungun, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata berlaku pertelingkahan antara lelaki berstatus penduduk tetap berusia 64 tahun terbabit dengan isterinya, warga tempatan berusia 39 tahun dalam kejadian kira-kira 10 malam itu.
"Berlaku pertelingkahan antara mereka dan mangsa ketika itu dikatakan ada meminta cerai daripada suspek.
"Berang dengan permintaan isterinya, suspek mengambil objek panjang dipercayai sebilah parang dan menetak bahagian kepala mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata mangsa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan.
Menurutnya mangsa yang bekerja sebagai tukang masak di kantin sebuah sekolah mengalami luka sepanjang sembilan sentimeter di bahagian dahi dan menerima 10 jahitan.
Maizura berkata polis kini giat mengesan lelaki terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2024
![Isteri cedera ditetak selepas minta cerai Isteri cedera ditetak selepas minta cerai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699585059_parang.jpg)
Berang dengan permintaan isterinya, suspek mengambil objek panjang dipercayai sebilah parang dan menetak bahagian kepala mangsa. - Gambar hiasan
![Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740014932_tbStadiumSultanIbr.jpg)
Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal
AFC tiada halangan memandangkan Stadium Sultan Ibrahim sudah mendapat kelulusan sebagai venue rasmi bagi saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACL Elite) musim ini.
Akaun Fleksibel KWSP: Kemudahan atau perangkap kewangan?
Lebih 4 juta ahli KWSP di bawah 55 tahun mengeluarkan simpanan mereka. Adakah ini tanda keperluan mendesak atau kegagalan pengurusan kewangan? Dekan Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Prof Dr Mohamad Fazli Sabri bincangkan punca, kesan jangka panjang, dan peranan KWSP dalam meningkatkan kesedaran rakyat mengenai simpanan hari tua.
AWANI Pagi: garisan baharu kaunseling depani cabaran semasa
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama tiga pakar, Prof Dr. Othman Mohamed, Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia & Pengerusi WCC 2025; Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Md Ninggal, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan) Open University Malaysia dan Prof Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM & Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia membincangkan mengenai cabaran-cabaran serta permasalahan yang didepani kaunselor dan kaunseling dalam era semasa sempena Persidangan Kaunseling Sedunia (WCC 2025).
Fuel Efficiency: Maximizing savings amid subsidy rationalization
Join Seow Lee Ming, General Manager Mobility at Shell Malaysia, discussing the launch of the new and improved Shell fuelsave Diesel. As Malaysia navigates the rationalization of fuel subsidies, discover how Shell's extensive research and innovative solutions are driving fuel efficiency and contributing to the journey towards Net Zero Carbon Emissions by 2050. Learn about Shell's strategies for balancing investment in EV infrastructure, leveraging digital technologies, and adapting to evolving consumer needs in one of ASEAN's highest car ownership markets.
![Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740014244_tbberpisahwargaas.jpg)
Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740015346_tbRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4400/4500 daripada 4.4410/4450 semalam.
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.
![ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740013283_tbJDTJordiAmatLi.jpg)
ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'
![Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729390471_tbSriGanes.jpg)
Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas seperti negara-negara lain termasuk mengenakan hukuman denda yang tinggi serta penyitaan.
![Isteri cedera ditetak selepas minta cerai Isteri cedera ditetak selepas minta cerai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699585059_parang.jpg)
Isteri cedera ditetak selepas minta cerai
Seorang buruh bertindak menetak isterinya menggunakan parang dipercayai selepas mangsa meminta cerai dalam kejadian di Dungun.
![Pemandu lori tetak ibu mentua, isteri, adik ipar dipenjara 15 tahun, 8 sebatan Pemandu lori tetak ibu mentua, isteri, adik ipar dipenjara 15 tahun, 8 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650962486_Pemanduloriparang.jpg)
Pemandu lori tetak ibu mentua, isteri, adik ipar dipenjara 15 tahun, 8 sebatan
Hakim Norsiah Ujang menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Hadi Hashim, 38, selepas dia mengaku bersalah atas empat pertuduhan.
![Wanita maut ditetak suami di Segama, Sabah Wanita maut ditetak suami di Segama, Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81624723489_Murder.jpg)
Wanita maut ditetak suami di Segama, Sabah
Seorang wanita maut selepas dipercayai dibunuh oleh suaminya di bilik sewa pasangan itu di bangunan Segama di sini semalam.
![Kerana cemburu, suami tergamak tetak isteri mengandung hingga mati Kerana cemburu, suami tergamak tetak isteri mengandung hingga mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615281177_hamilmaut.jpg)
Kerana cemburu, suami tergamak tetak isteri mengandung hingga mati
Akibat cemburu, seorang suami tergamak menetak leher isterinya yang sedang mengandung sehingga mati dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit, di sini, semalam.
![Suami tetak isteri guna pisau pemotong daging kerana cemburu Suami tetak isteri guna pisau pemotong daging kerana cemburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598526898_Suamitetakisteri.jpg)
Suami tetak isteri guna pisau pemotong daging kerana cemburu
Wanita warga Vietnam itu cedera serius pada leher.
![Enggan beri 'password', suami belah perut isteri Enggan beri 'password', suami belah perut isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550901725_BAYIAJAIB.jpg)
Enggan beri 'password', suami belah perut isteri
Romi Sepriawan dari Bengkulu, Indonesia membelah perut isterinya dan mengeluarkan bayi dalam kandungan Erni Susanti.
![Polis Kinabatangan tahan lelaki disyaki bunuh isteri Polis Kinabatangan tahan lelaki disyaki bunuh isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81540720714_TBTETAKISTRI.jpg)
Polis Kinabatangan tahan lelaki disyaki bunuh isteri
Polis menahan seorang lelaki berusia 30an yang disyaki menetak isterinya yang berumur 27 tahun hingga mati di Perumahan Pekerja Ladang Pintasan 5B dekat Kinabatangan, semalam.
![Wanita putus tangan ditetak suami Wanita putus tangan ditetak suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61534047764_TanganDitetak.jpg)
Wanita putus tangan ditetak suami
Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata.