KUALA LUMPUR: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai ini mempunyai keistimewaan tersendiri lebih-lebih lagi persiapan yang diatur rapi turut mendapat sentuhan peribadi Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini berkata, banyak perkara berkaitan persiapan dan peraturan istiadat itu dipantau Seri Paduka Baginda berdua yang mahu segala-galanya berlangsung dengan sempurna untuk menonjolkan keunikan sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia.
"Saya ambil contoh sekecil-kecil persiapan kad jemputan, Seri Paduka Baginda berdua memberi sedikit kelainan kad itu warnanya biru Tiffany iaitu warna kegemaran Seri Paduka Baginda.
"Cenderamata pertabalan, pingat pertabalan semuanya dilihat dengan begitu terperinci oleh Seri Paduka Baginda.
Boleh saya katakan Seri Paduka Baginda begitu cakna, sangat mengetahui segala perkara," katanya pada program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV malam tadi.
Turut serta dalam program itu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17.
Azuan Effendy berkata, beliau percaya Sultan Ibrahim juga akan menampilkan keunikan tersendiri pada istiadat yang bakal berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara itu antaranya semasa upacara mempersembahkan keris kerajaan iaitu Keris Panjang Diraja yang melambangkan pemusatan kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Menelusuri sejarah istiadat pertabalan sebelum ini katanya, setiap Yang di-Pertuan Agong mempunyai cara tersendiri apabila menerima keris berkenaan.
"Ada Yang di-Pertuan Agong yang menjunjung keris itu, ada juga yang membuka sarung keris dan mengucupnya. Ini kita tidak tahu apa yang akan dilaksanakan dan saya percaya kita akan dapat saksikan nanti pada 20 Julai ketika istiadat pertabalan itu berlangsung," katanya.
Selain itu, beliau berkata istiadat penuh bersejarah itu juga akan diserikan dengan keberangkatan dua Ketua Negara luar iaitu Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa.
Menyifatkan persiapan istiadat itu seumpama sebuah keluarga ketika mengadakan kenduri kahwin, beliau berkata semua pihak terlibat bertungkus lumus memastikan segalanya berjalan sempurna bagi menyerlahkan keunikan Malaysia sebagai satu-satunya negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilakukan secara bergilir setiap lima tahun.
Mengenai persediaan peribadinya yang juga Ketua Adat Istiadat di Istana Negara, Azuan Effendy berkata sesi raptai kerap diadakan memandangkan beliau menggalas tanggungjawab berat mempersembahkan beberapa bait perkataan tanpa teks.
"Apabila berada di tengah-tengah (Balairung Seri) dalam kalangan Raja-Raja Melayu yang berangkat hadir dan ketua negara asing juga berangkat, saya sentiasa berdoa kerana kekuatan dalaman itu juga penting untuk melancarkan istiadat.
"Saya tidak boleh buat apa-apa kesilapan, mesti pastikan segala-galanya teratur dan bukan hanya saya, ia kerja berpasukan," katanya.
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas. – BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024

Persiapan istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai ini diatur rapi turut mendapat sentuhan peribadi Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah. - Gambar ISTANA NEGARA
AWANI Borneo [26/2/2025] – Empat PPS dibuka| Tumpu kawasan strategik| Kolaborasi bersama UMS
AWANI Borneo bersama Syaff Shukri
1. Banjir Telupid: Faktor geografi dan logistik sukarkan operasi APM.
2. Tinggal lima tahun lagi, Sarawak yakin capai 100 peratus bekalan elektrik pada 2030.
3. Pusat AI pertama Sabah dijangka beroperasi hujung tahun ini.
1. Banjir Telupid: Faktor geografi dan logistik sukarkan operasi APM.
2. Tinggal lima tahun lagi, Sarawak yakin capai 100 peratus bekalan elektrik pada 2030.
3. Pusat AI pertama Sabah dijangka beroperasi hujung tahun ini.
PEKB perkasa kemahiran golongan e-kasih
Presiden, Persatuan Pembangunan Eko dan Usahawan Sosial Sabah (SEED) Datuk Aminah Ambrose menyatakan Program PEKB ini bukan sekadar memberikan latihan tetapi juga mencipta peluang bagi komuniti bandar untuk membangun ekonomi mereka secara mampan.
Ikhlas Capital bantu perkukuh perniagaan PMG Healthcare
Pengerusi dan Rakan Pengasas Ikhlas Capital, Tan Sri Nazir Razak, berkata,PMG Healthcare telah membuktikan rekod prestasi yang baik, kepimpinan yang kukuh, budaya yang mantap dan keupayaan yang terbukti dalam bidang yang diceburinya.
PMKS sumbang RM29.bilion kepada ekonomi Sarawak pada 2022
Awang Tengah menyifatkan mintred telah berjaya melaksanakan tugasnya dengan cemerlang apabila membimbing para pengusaha mikro, kecil dan sederhana, mencapai pelbagai kejayaan hingga menyumbang 29.7 bilion kepada ekonomi Sarawak pada 2022.

Asteroid 2024 YR4 tidak lagi timbulkan ancaman besar kepada Bumi - NASA
NASA mengesahkan bahawa asteroid 2024 YR4 yang pada awalnya dianggap sebagai ancaman berpotensi, tidak lagi menimbulkan ancaman besar kepada Bumi pada 2032 atau selepas itu, lapor Xinhua.

Pencarian CFO baharu masih berjalan, siasatan dalaman kes terpencil - Presiden Maybank
Siasatan dalaman itu merupakan kes terpencil dan tidak dicetuskan oleh pihak berkuasa, dan tiada pelanggaran peraturan ditemui semasa siasatan dalaman.
Ekonomi Sarawak diunjur berkembang sebanyak 6 peratus – Timbalan Premier
Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yakin ekonomi Sarawak dijangka berkembang antara lima hingga enam peratus tahun ini.

JPS semak kesesuaian akta, pertimbang empangan jadi kawasan riadah
JPS akan menyemak kesesuaian Akta 298 bagi mempertimbangkan agar kawasan empangan tertentu boleh dibangunkan sebagai lokasi riadah.
Pusat AI Sabah pertama dijangka beroperasi hujung tahun ini
Penubuhan pusat AI tersebut seiring dengan perkembangan teknologi semasa dan ke arah menggalakkan penggunaan teknologi ini di Sabah.
Sarawak komited capai liputan 100 peratus
Sarawak komited untuk memastikan liputan bekalan elektrik mencapai 100 peratus menjelang tahun 2030.

Menteri Kanan Singapura Lee akan lawat Malaysia, hadir Istiadat Pertabalan Agong
Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong akan melawat Malaysia dari 19 hingga 22 Julai untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Yang di-Pertuan Agong titik rujukan semangat kenegaraan, payungi rakyat - Fahmi
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan memperkuat nilai perpaduan, jati diri dan semangat kenegaraan dalam diri setiap rakyat Malaysia terutama generasi muda.

Istiadat Pertabalan Agong ke-17 punyai sentuhan peribadi Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah
Banyak perkara berkaitan persiapan dan peraturan istiadat itu dipantau Seri Paduka Baginda berdua yang mahu segala-galanya berlangsung dengan sempurna.

Istana Negara adakan majlis doa selamat sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17
Majlis yang diadakan di Surau Utama Istana Negara dimulai dengan solat Maghrib berjemaah.

Fahmi menghadap Sultan Kedah, persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong
Fahmi menghadap Sultan Kedah bagi mempersembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.

#AgongKita: Wajib tumpahkan taat setia kepada YDP Agong - JAKIM
Wajib bagi setiap rakyat di negara ini menumpahkan sepenuh taat setia kepada kepimpinan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Sesungguhnya ... #AgongKita
Soalan yang pernah bermain di fikiran sepanjang 12 tahun menjadi wartawan, adakah boleh untuk seorang wartawan menemubual Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong?

#AgongKita: Atur cara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI
Raja itu ibarat payung yang dipertanggungjawabkan menaungi rakyat jelata dari sinar terik mentari, dan rakyat itu diibarat sebagai lambang kekukuhan dan kesinambungan Institusi Diraja.

#AgongKita: Bersatu hatilah sekalian rakyat Malaysia, titah YDP Agong
YDP Agong mengharapkan agar rakyat Malaysia dapat menghayati serta menginsafi peristiwa di sebalik dua tarikh bersejarah.