PUTRAJAYA: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata beberapa acara bersempena istiadat berkenaan juga telah dirancang dan pada masa yang sama memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah berkenan menangguhkan sambutan ulang tahun keputeraan baginda pada 3 Jun akan datang ke bulan September.
"Sebagaimana yang kita maklum Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-17 pada Rabu, 31 Januari 2024.
"Sehubungan dengan itu, Kerajaan dengan titah perkenan Yang Di-Pertuan Agong ke-17 akan melaksanakan acara-acara sempena Istiadat Pertabalan seperti berikut:
"Pertama, Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat pada hari Khamis, 18 Julai 2024, 5.30 petang bertempat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
"Kedua, Khutbah Khas dan Solat Jumaat pada hari Jumaat, 19 Julai 2024, 1.15 tengah hari bertempat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
"Ketiga, Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-17 pada hari Sabtu, 20 Julai 2024, 10.00 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur.
"Keempat, Majlis Santapan Diraja pada hari Sabtu, 20 Julai 2024, 8.30 malam bertempat di Istana Negara, Kuala Lumpur," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pasca Mesyuarat Jawatankuasa Khas Acara-acara sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII pada Khamis.
Tambah Fahmi, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dijadualkan melawat Hospital Orang Asli Gombak pada hari Selasa, 23 Julai 2024, jam 9.30 pagi.
Seterusnya, Pameran Raja Kita akan diadakan di Muzium Negara pada hari 25 Julai 2024 bermula 11.00 pagi.
Fahmi turut memaklumkan Majlis Jamuan Teh Diraja akan berlangsung pada hari Sabtu, 27 Julai 2024, jam 3.00 petang bertempat di Istana Negara Kuala Lumpur.
"Kita sedang menyelaras sejumlah aktiviti termasuk perbincangan dengan pihak media mengenai kandungan yang boleh kita sediakan sepanjang minggu-minggu menuju ke hari pertabalan.
"Kita sedia maklum Istiadat Pertabalan ini merupakan istiadat yang penuh simbolik dan tidak selalu kita dapat saksikan. Maka ini peluang yang baik untuk rakyat Malaysia memahami lebih mendalam dan memupuk rasa cinta terhadap institusi Diraja dan bagaimana ia diamalkan di Malaysia di bawah konsep Raja Berperlembagaan," tambahnya.
Irfan Faruqi
Thu May 16 2024

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang di Istana Negara. - Foto Bernama

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik, beri manfaat kepada pekerja
Fahmi berkata pihaknya akan mendapatkan analisis daripada syarikat berkaitan bagi meneliti serta mengkaji keperluan untuk penambahbaikan itu.

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian
Pindaan ini bertujuan menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan mampan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.

Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.