KOTA BHARU: Masalah ketiadaan air di beberapa lokasi di negeri ini yang meruncing menyebabkan pengguna terpaksa menjalani rutin seperti mandi sunat satu Syawal dengan menumpang air telaga rumah jiran.
Tinjauan Sinar Harian mendapati daerah seperti Kota Bharu, Bachok, Tumpat dan Pasir Mas antara yang terjejas teruk dengan masalah air pada musim perayaan Aidilfitri 2023.
Seorang peniaga, Yani Zainal Abidin, 35, dari Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas berkata, keadaan membebankan bermula tiga hari sebelum Ramadan itu berlarutan dan masih belum ada penyelesaian sehingga ke hari ketiga Syawal.
“Sebelum ini pernah tidak ada air di kawasan kampung tetapi waktu tengah malam air ada dan penduduk akan menggunakan enjin untuk menyedutnya ke tangki masing-masing.
“Kali ini tidak ada langsung sudah lebih sebulan dan lebih mengecewakan lagi apabila tiga kali aduan dibuat untuk meminta pihak berkenaan menghantar tangki air juga gagal diperolehi hingga sekarang,” dakwanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.
Menurutnya, lebih melelahkan apabila terpaksa memunggah 10 gelen air sebanyak tiga trip setiap hari sepanjang Ramadan dengan menggunakan dua motosikal sejauh satu kilometer dari rumah.
“Saya berniaga bersama dua rakan dan perlu menyiapkan tempahan nasi minyak serta nasi hujan panas yang dipesan bagi menyambut hari raya.
“Terlalu perit nak siapkan tempahan itu sehinggakan sambutan raya di rumah sendiri pun tidak ada juadah yang meriah-meriah kerana payah akibat tidak ada air,” ujarnya.
Sementara itu, seorang penduduk di Kampung Permata Machang, Jelawat, Bachok Mohammad Ismail, 55, sudah enam tahun tidak mengadakan majlis rumah terbuka akibat masalah air yang dihadapi di kampung berkenaan.
“Tetamu datang, terpaksa jamu mereka dengan menggunakan bekas makanan dan cawan polisterina supaya dapat buang terus tanpa perlu dicuci.
“Dua enjin sedut air telaga tiub yang dipasang dapat kualiti air sangat teruk iaitu masam, kelat dan keruh pekat tetapi tetap guna sebab tidak ada pilihan lain. Setiap hari akan tukar empat penapis dengan kos sekitar RM6 sehari,” katanya.
Menurut Mohammad, air minuman pula akan dibeli di kedai setiap sehari manakala pakaian pula akan menggunakan dobi dengan kos RM15 sehari.
Dalam pada itu, seorang penulis sambilan, Rohaiza Abdul Rahman, 44, berkata, mandi jenazah jiran yang meninggal dunia dua hari sebelum Aidilfitri terpaksa menggunakan air telaga tiub yang baru dibuat oleh penduduk kampung di Limbat, Pasir Tumboh kerana masalah tidak ada air bermula sebelum Ramadan.
“Saya tiga kali pindah rumah sewa dan hari raya sambut di rumah ibu kerana masalah air. Pihak berkaitan sediakan tangki dan kami ulang-alik punggah air yang berat itu sejauh kira-kira 500 meter dari rumah. Terlalu terbeban dan ‘terdera’ mental serta fizikal.
“Sudah tiba masa syarikat pengurusan air diswastakan sepenuhnya supaya masalah air dapat diatasi demi menjaga kepentingan rakyat jelata dan bukan memberikan kami penderitaan menunggu air tiba selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun,” kata wanita itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 24 2023

Tinjauan mendapati daerah seperti Kota Bharu, Bachok, Tumpat dan Pasir Mas antara yang terjejas teruk dengan masalah air pada musim perayaan Aidilfitri 2023. - Gambar hiasan

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

RM5.03 bilion, masalah air Kelantan selesai - AKSB
AKSB mendedahkan masalah bekalan air yang membelenggu rakyat negeri ini sejak puluhan tahun itu mampu diselesaikan jika mempunyai sumber kewangan berjumlah RM5.03 bilion.

Isu air Kelantan: Penduduk bina telaga tiub selesai masalah bekalan air bersih
Lebih 80 peratus daripada 2,000 penduduk sekitar Kampung Limbat di sini mengambil keputusan menggali telaga tiub berikutan ketiadaan bekalan air bersih daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Isu air Kelantan: Aidilfitri tanpa rumah terbuka, mandi tumpang telaga
Masalah ketiadaan air di beberapa lokasi di negeri ini yang meruncing menyebabkan pengguna terpaksa menjalani rutin seperti mandi sunat satu Syawal dengan menumpang air telaga rumah jiran.

Isu air Kelantan: 'Beri potongan bil 50 peratus kepada rakyat' - ADUN Galas
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, berkata potongan bil Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) itu adil dengan perhidmatan yang diterima pengguna.