MARAN: Exco Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin sedia memberikan kerjasama berikutan laporan polis yang dilakukan oleh seorang aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad terhadapnya pada Selasa.
Namun menurutnya, beliau telah dinasihatkan untuk tidak memberikan sebarang komen atau maklum balas terhadap laporan polis tersebut untuk dilihat tidak mengganggu siasatan (jika ada).
"Saya telah dirujuk oleh pegawai saya berkenaan suatu entri di dalam Facebook, Khaidir Ahmad bertajuk 'Laporan polis terhadap DS Shahaniza Shamsuddin' atas dakwaan kononnya saya telah memfitnah beliau.
"Namun begitu, tulisan saya berkenaan isu kayu balak tersebut bermaksud untuk menjernihkan keadaan dan mempertahankan kewibawaan kerajaan negeri Pahang serta agensi kerajaan berkenaan.
"Penelitian saya terhadap 'posting' Facebook Khaidir Ahmad yang dikeluarkan pada Ahad, 23 Mei 2021 jam 6.16 petang antara lain di item tiga iaitu mempersoalkan balai pemeriksaan hutan tutup pada hari Ahad di Pahang tetapi kayu balak tersebut boleh keluar dan lepas dari hutan tanpa pemeriksaan serta bayaran cukai," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.
BACA: Treler bawa balak saiz 'luar biasa' dari Terengganu, bukan Pahang - JPNP
Shahaniza berkata, 'posting' itu telah mengakibatkan komen-komen pengunjung Facebook Khaidir terhadap gambar yang dikongsi menghentam dan menyatakan persepsi sangat negatif terhadap kerajaan negeri Pahang, Menteri Besar Pahang dan agensi kerajaan terbabit.
"Jelas gambar kayu balak yang dikongsi tanpa maklumat penuh tersebut telah mengundang fitnah terhadap kerajaan negeri Pahang serta agensi kerajaan berkenaan.
"Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan juga sepertimana saudara Khaidir juga sebagai rakyat Malaysia memberikan penjelasan dan menjernihkan keadaan," jelasnya.
Sementara itu, Shahaniza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul berkata, beliau telah mengarahkan pasukan peguamnya untuk meneliti tulisan saudara Khaidir tersebut bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap aktivis terbabit.
Artikel asal di Sinar Harian: Isu balak: Exco sedia beri kerjasama
Sinar Harian
Wed May 26 2021

Menurut Shahaniza, tulisannya berkenaan isu kayu balak tersebut bermaksud untuk menjernihkan keadaan dan mempertahankan kewibawaan kerajaan negeri Pahang serta agensi kerajaan berkenaan. - Gambar fail/Sinar Harian
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Isu balak: Exco sedia beri kerjasama
Shahaniza telah dinasihatkan untuk tidak memberikan sebarang komen atau maklum balas terhadap laporan polis tersebut untuk dilihat tidak mengganggu siasatan (jika ada).