KUALA LUMPUR: Masalah gangguan bekalan beras putih tempatan semakin mereda, dibantu hasil tuaian padi hujung tahun oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata bagaimanapun, bekalan beras tempatan dalam negara masih belum stabil sepenuhnya, susulan permintaan yang kekal tinggi dalam kalangan pengguna.
"Masih ada (masalah kekurangan beras) tetapi dia reda dan ia masih lagi sedang diusahakan untuk dicukupkan, yang baru tuai sekarang ni sedang dalam proses pengilangan jadi dia baru reda.
"Beras kita hanya baru 65 peratus (kadar sara diri) jadi kita tak cukup 35 peratus, beras tempatan ini sekarang menjadi rebutan sebab harga beras import mahal," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Kebun Komuniti AU2 Taman Keramat, di sini hari ini.
Mohamad berkata MADA juga sedang dalam proses penanaman semula padi, bagi bekalan tahun hadapan.
Sementara itu dalam lawatan tersebut, beliau turut menggalakkan komuniti di bandar-bandar besar untuk terlibat dalam usaha keterjaminan makanan, dengan berbakti kepada tanah melalui pembukaan kebun komuniti di kawasan lapang yang sesuai.
Mohamad berkata tanah lapang yang berdekatan dengan kawasan perumahan, boleh dimanfaatkan dengan penanaman tanaman kontan seperti cili, serai, ulam-ulaman, yang sekali gus mampu memberikan manfaat kepada komuniti setempat.
"Kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri telah memperuntukkan sebanyak RM1 bilion untuk projek pembangunan komuniti, ia untuk projek komuniti seperti ini bukan hanya pertanian, apa-apa sahaja yang lain dalam bentuk komuniti ada peruntukan.
"Tetapi, (saya sarankan) mohon awal, sebab ia dah boleh dibelanjakan pada bulan Januari nanti," katanya.
Pada masa sama, beliau menasihati pihak yang ingin terlibat dalam aktiviti berkenaan, supaya memastikan kawasan yang ingin dibangunkan sebagai kebun komuniti sesuai dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, bagi mengelakkan sebarang gangguan kepada infrastruktur sedia ada.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024, mengumumkan peruntukan RM1 bilion di bawah Dana Komuniti MADANI bagi mendukung usaha memartabatkan ekonomi komuniti.
Menerusi inisiatif itu, setiap kampung, desa, rumah panjang mahupun Projek Perumahan Rakyat (PPR), akan diberikan dana maksimum RM100,000 untuk mulakan projek ekonomi seperti kraf tangan atau hidroponik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023
Mohamad berucap ketika mengadakan Lawatan Kerja ke Kebun Komuniti AU2 Taman Keramat, di ibu negara hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Sidang Media Perdana Menteri bersama Presiden Indonesia
Ikuti secara langsung sidang media Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Perdana Putra sempena lawatan negara pertama oleh Presiden Prabowo ke negara di rantau Asia Tenggara selepas pelantikan beliau sebagai Presiden Republik Indonesia pada 20 Oktober 2024.
#AWANInews
#AWANInews
[KOLUMNIS] Graduan muamalat nak kerja apa?
Peluang kerjaya bagi graduan muamalat termasuk perbankan Islam, takaful, institusi zakat dan wakaf, serta konsultan kewangan Islam.
Indonesia menyokong Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025
Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto berkata Indonesia bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam menyokong Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun depan. #AWANInews
Malaysia, Indonesia tetap menyokong kemerdekaan Palestin
Malaysia dan Indonesia bersependapat dalam isu perjuangan kemerdekaan Palestin dan menyambut baik perjanjian gencatan senjata di Gaza.
#AWANInews
#AWANInews
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
12 buah motosikal musnah terbakar di parit
Sebanyak 12 buah motosikal musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi tadi di kawasan rumah di Jalan Kampung Tanjung Medan Layang Kiri, Parit, Perak.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian pada jam 3.39 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian pada jam 3.39 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Israel tidak pernah maklum lanjut kehadiran tentera di sempadan - Lubnan
Menurut kenyataan itu, Presiden Joseph Aoun telah memaklumkan kepada jawatankuasa pemantauan gencatan senjata tentang penolakannya terhadap perkara itu.
AWANI Ringkas: Ops Bersepadu seluruh negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kenderaan masuk Johor meningkat 15 peratus Tahun Baharu Cina ini
Jumlah kenderaan luar yang memasuki Johor dijangka meningkat antara 10 hingga 15 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina termasuk menerusi Tambak Johor dan Linkedua.
Agong kurnia Darjah Kerabat Johor kepada Prabowo
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.1) kepada Presiden Indonesia Prabowo Subianto.
Isu bekalan beras putih tempatan semakin reda - Mohamad Sabu
Masalah gangguan bekalan beras putih tempatan semakin mereda, dibantu hasil tuaian padi hujung tahun oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).