KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) akan mengadakan perjumpaan khas dengan pemain industri telur ayam dan minyak masak peket esok.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata perjumpaan itu bertujuan mengenal pasti situasi sebenar dan mendapatkan maklumat terkini berhubung bekalan kedua-dua barangan tersebut.
"Saya akan bertemu dengan pemain industri minyak sawit seperti Felda (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) dan Sime Darby serta lain-lain pada petang esok untuk membincangkan tentang isu bekalan ini kerana perkara tersebut penting untuk saya dengar sendiri.
"Perjumpaan dengan pemain industri telur ayam pula mungkin pada hari berikutnya supaya saya dapat data dan perbincangan yang cepat," katanya selepas membuat tinjauan bekalan dan harga barangan keperluan di NSK Trade City, Kuchai Lama, di sini hari ini
Dalam pada itu, Salahuddin berkata hasil daripada perjumpaan tersebut akan meningkatkan hubungan kementerian bersama pemain industri sekali gus menyelesaikan isu yang berbangkit termasuk melihat usaha menurunkan harga barangan tersebut.
"Selama ini pun saya mendengar tentang isu yang menjadi rungutan rakyat dan hari ini saya menyaksikan sendiri, paling tidak ada dua isu besar yang saya mesti hadapi bersama dengan pasukan kementerian iaitu ketidakcukupan bekalan telur dan minyak masak peket," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata perjumpaan itu bertujuan mengenal pasti situasi sebenar dan mendapatkan maklumat terkini berhubung bekalan kedua-dua barangan tersebut. - Foto BERNAMA

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Isu bekalan telur ayam, minyak: Salahuddin jumpa pemain industri esok
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) akan mengadakan perjumpaan khas dengan pemain industri telur ayam dan minyak masak peket esok.

NACCOL digerakkan segera tangani kos sara hidup - Salahuddin
Pada 27 November lalu, Perdana Menteri mengarahkan NACCOL untuk mencerakin dan menelusuri implikasi subsidi dalam tempoh dua minggu.

Bekalan telur ayam, minyak peket mampu tampung keperluan pembeli di Selangor
Keberadaan bekalan telur ayam dalam pasaran di Selangor disifatkan konsisten kata Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Selangor Mohd