KUALA LUMPUR: Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata pembentangan itu diminta sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan ia juga akan menyentuh laporan berhubung insiden melibatkan seorang pempengaruh di aplikasi TikTok yang didakwa membunuh diri kerana tertekan akibat buli siber.
"Kita bukan hanya melaporkan apa berlaku, tetapi (juga akan) mengambil tindakan, terutama kalau perlu pinda akta, dan kita lihat apakah kelemahan sekarang," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga seorang pempengaruh TikTok yang didakwa membunuh diri selepas menjadi mangsa buli siber, di Gombak Setia di sini, hari ini.
Mayat pempengaruh wanita berumur 29 itu ditemui di rumahnya kira-kira pukul 11 pagi, Jumaat lepas.
Fahmi berkata masalah utama menangani buli siber adalah kebanyakan pelaku bersembunyi di sebalik akaun palsu sehingga menyukarkan usaha mengenal pasti identiti mereka.
"Salah satu aduan yang diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Komunikasi daripada pihak polis adalah akaun-akaun yang terlibat dalam pelbagai aktiviti penyalahgunaan ini, berselindung di sebalik fake account, tidak dapat dikenal pasti identiti individu yang mengeluarkan komen atau terlibat dalam scam dan sebagainya," katanya.
Fahmi berkata keluarga pempengaruh itu telah membuat laporan polis dan pihak kementerian telah berhubung dengan TikTok yang menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama lebih proaktif.
Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai termasuk penjawat awam supaya mengelak daripada menjadi pembuli siber, sebaliknya terus mengekalkan adab dan budaya ketimuran.
Beliau berkata pihaknya akan menimbangkan keperluan meminda akta sedia ada berkaitan buli siber, dan menegaskan bahawa individu yang terlibat dengan kes kematian pempengaruh itu akan dibawa ke muka pengadilan.
"Perkara ini dimaklumkan kepada Perdana Menteri semalam dan saya juga telah bercakap dengan Menteri Digital Gobind Singh Deo serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Kita mempunyai pendirian yang sama dalam isu ini dan akan bermesyuarat dalam beberapa hari lagi.
"Kesalahan-kesalahan bukan hanya dalam isu seperti mengaibkan atau menzahirkan maklumat peribadi yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi, jadi insya-Allah kita akan adakan pertemuan dan meneliti undang-undang sedia ada dan apakah langkah-langkah perlu kita ambil," katanya.
Selain itu, Fahmi berkata pihaknya menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini yang mengingatkan rakyat agar tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk berbalah dan membuka aib kerana ia akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024
Fahmi (kiri) ketika melawat keluarga seorang pempengaruh TikTok yang didakwa membunuh diri selepas menjadi mangsa buli siber, di Gombak Setia hari ini. - Foto Bernama
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Isu buli siber dibawa ke mesyuarat Kabinet esok - Saifuddin Nasution
Isu buli siber akan dibawa dan dibincangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri esok dan satu pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat.
Fahmi mesyuarat bersama Azalina, Gobind esok bincang isu buli siber
Fahmi berkata langkah itu bagi mendapatkan pandangan semua pihak sebelum membawa perkara berkaitan ke mesyuarat Kabinet, Jumaat ini.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.