KUALA LUMPUR:Pengaktifan semula kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi sesi persekolahan dilihat sebagai kaedah terbaik ketika ini, berikutan peningkatan kes COVID-19.
Namun, berdasarkan pengalaman pelaksanaan PdPR sebelum ini, terdapat beberapa isu yang perlu diberikan perhatian bagi memastikan semua pelajar dapat mengikuti pembelajaran dengan baik tanpa ada yang tercicir.
Masalah capaian internet dan kekangan perolehan peranti merupakan isu utama yang perlu diberikan perhatian tatkala pembelajaran norma baharu itu menjadi alternatif kepada sesi persekolahan secara bersemuka yang tidak dapat dilakukan ketika ini.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Harry Tan Huat Hock berkata pihaknya telah mencadangkan kepada kerajaan supaya memberikan perhatian kepada usaha menyediakan peranti dan capaian internet murid yang berada di rumah.
"Satu daripadanya adalah berikan satu "Tax Holiday" kepada ibu bapa untuk membeli peranti. Kedua, pengecualian cukai pendapatan untuk membeli peranti bagi anak-anak mereka," katanya ketika dihubungi Bernama TV hari ini.
Isu keberkesanan PdPR dibangkitkan banyak pihak, terutama dalam aspek capaian internet dan peranti yang memberi kesan kepada anak-anak daripada golongan kurang berkemampuan.
Semalam, Kementerian Pendidikan memaklumkan sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020.
Berikutan itu, semua murid sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah PdPR mengikut kesesuaian guru dan murid mulai tarikh tersebut.
Tan berkata kerajaan juga boleh mencari jalan dengan menggemblengkan usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan persendirian bagi mendapatkan dana membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk memperoleh peranti.
Mengenai kelemahan proses PdPR seperti pelajar tidak bersemangat kerana tiada guru secara bersemuka dan masalah pengurusan masa ibu bapa dalam memantau pelaksanaan PdPR tersebut, Tan berkata kejayaan kaedah pembelajaran itu melibatkan kerjasama semua pihak.
"Google Classroom jika nak dijayakan perlukan kerjasama semua pihak, bukan guru saja, khasnya ibu bapa kerana guru-guru tidak dapat mendisplinkan anak didik mereka. Murid-murid ini perlukan arahan dan ketegasan ibu bapa untuk memastikan anak mereka mengikuti kelas,"' katanya.
Tan berkata pihaknya juga menerima cadangan untuk melaksanakan PdPR di luar waktu bekerja ibu bapa iaitu pada sebelah petang atau malam, namun perkara itu perlu mendapat persetujuan semua pihak.
Selain itu, beliau berpendapat latihan formal kepada para guru untuk mengajar dengan lebih efektif dalam situasi itu, juga amat diperlukan.
Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN),Datuk Mohamad Ali Hassan pula mencadangkan agar Kementerian Pendidikan mewujudkan pusat rujukan PdPR di setiap Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
"(Ia) sebagai pusat sehenti menangani sebarang masalah dan cabaran yang dihadapi oleh pihak yang menjalankan PdPR di rumah. Saya juga cadangkan seorang pegawai khas atau ''person in charge'' diwujudkan sebagai koordinator atau perancang atau penyelaras untuk PdPR,"' katanya.
Katanya pendekatan PdPR masih baru di Malaysia dan perlu diperkukuh dan diperkasakan dengan komitmen jitu semua pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 17 2021

Isu keberkesanan PdPR dibangkitkan banyak pihak, terutama dalam aspek capaian internet dan peranti yang memberi kesan kepada anak-anak daripada golongan kurang berkemampuan.

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

KPM sedia pertimbang permohonan kurangkan tempoh pertukaran guru - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata isu kebajikan guru sentiasa menjadi perhatian dan keutamaan KPM.

Jangan polemikkan isu SPM diteruskan - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berharap masyarakat tidak mempolemikkan isu pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut jadual.

NUTP mohon kuota anggota tetap dalam NLAC
NUTP juga menyokong langkah kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan dalam perkhidmatan awam seperti dinyatakan Perdana Menteri.

Pelarasan gaji penjawat awam kurangkan trend guru bersara awal
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dengan pelarasan gaji yang lebih baik dijangka dapat mengurangkan trend guru bersara awal pada masa kini.

NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara "time-based"
NUTP menyokong langkah kerajaan mengecualikan guru yang lemah, cuai dan melanggar disiplin daripada mendapat kenaikan pangkat secara "time-based".

Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar
Tugas mendidik seseorang pelajar merupakan tanggungjawab bersama dan tidak seharusnya disandarkan sepenuhnya kepada guru, kata Perdana Menteri.

KPM sedia pertimbang cadangan keluar keputusan SPM lebih awal
Kementerian Pendidikan bersedia menimbang cadangan semua pihak termasuk NUTP supaya keputusan SPM 2023 diumumkan lebih awal.

Peruntukan RM100 juta bukti kepentingan pendidikan STEM
Inisiatif kerajaan memperuntukkan RM100 juta dalam pendidikan STEM mencerminkan keseriusan kerajaan dalam menangani kepentingan penguasaan STEM dalam negara ketika ini.

Hasrat Kerajaan tumpu pelajar B40, kembalikan matlamat asal SBP
Matlamat penubuhan SBP sebenarnya untuk beri peluang kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar mendapatkan pelajaran terbaik.

Wujudkan agensi tunggal urus TVET menerusi Ekonomi Madani - NUTP
Pelbagai usaha diutarakan bagi memperkasakan TVET sebelum ini, namun hasilnya masih kurang memberangsangkan.