KUALA LUMPUR: Individu yang telah menerima vaksin COVID-19 diluluskan Kesatuan Eropah (EU) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk tujuan kecemasan dibenarkan masuk ke negara anggota EU.
Delegasi EU ke Malaysia dalam satu kenyataan hari ini, berkata kelulusan vaksin itu termasuk bagi vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan oleh fasiliti-fasiliti yang belum diiktiraf di EU.
“Tiada halangan atau sekatan. Justeru, laporan baru-baru ini berhubung asal usul keluaran vaksin AstraZeneca tidak tepat.
"Kemasukan ke EU secara prinsipal dibenarkan bagi individu yang telah melengkapkan vaksinasi dengan vaksin yang diluluskan EU, termasuk vaksin yang dikeluarkan di fasiliti-fasiliti bukan bawah kebenaran pemasaran EU," kata kenyataan itu.
BACA: Tidak ada sebab mengapa EU mendiskriminasi vaksin AstraZeneca - Khairy
Delegasi EU ke Malaysia itu mengulas mengenai isu pengiktirafan vaksin melalui Sijil Digital COVID-19 selepas media antarabangsa melaporkan vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan beberapa negara seperti India dan Korea Selatan belum diiktiraf melalui sijil itu.
Menurut kenyataan itu lagi, sijil digital itu hanya sebagai alat untuk membantu proses perjalanan di negara-negara EU dan bukannya sebagai prasyarat wajib kemasukan.
“Sijil itu bukan prasyarat atau dokumen wajib untuk berkunjung ke EU, namun hanya sebagai alat praktikal," katanya.
Selain sijil tersebut, negara anggota EU juga boleh membenarkan kemasukan pengunjung dengan dokumen lain bagi membuktikan vaksinasi mereka.
“Negara anggota boleh menerima dokumentasi yang dikeluarkan negara-negara dunia ketiga bagi mengesahkan vaksinasi.
“Dokumentasi ini sekurang-kurangnya perlu mengandungi maklumat yang mengenal pasti individu berkenaan, jenis vaksin yang diterima serta tarikh penerimaan vaksin," katanya.
Tambah kenyataan itu, syarat kemasukan negara anggotanya berbeza dan ditentukan oleh kerajaan masing-masing.
Justeru itu, katanya rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke EU perlu meneliti prosedur operasi standard (SOP) dan dokumentasi yang ditetapkan sesebuah negara, terutama kerana syarat-syarat tersebut akan berubah mengikut situasi semasa pandemik di EU serta Malaysia.
Nailah Huda
Wed Jul 07 2021
![Isu diskriminasi vaksin: EU sifatkan laporan tidak tepat, AstraZeneca diterima Isu diskriminasi vaksin: EU sifatkan laporan tidak tepat, AstraZeneca diterima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625661642_PfizerBioNTech.jpg)
Kelulusan vaksin itu termasuk bagi vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan oleh fasiliti-fasiliti yang belum diiktiraf di EU. - Foto/ REUTERS
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739353010_tbDonaldTrump.jpg)
Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah
Keputusan Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang memasuki negara itu, telah mencetuskan tentangan hebat di seluruh Eropah, lapor Xinhua.
![EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333086_UkrainianArmedForc.jpg)
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
![EU digesa larang semua urus niaga dengan penempatan haram Israel EU digesa larang semua urus niaga dengan penempatan haram Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738666935_tbIsraelioccupied.jpg)
EU digesa larang semua urus niaga dengan penempatan haram Israel
Lebih 150 organisasi hak asasi manusia, kesatuan pekerja dan kumpulan masyarakat sivil menggesa EU untuk mengharamkan perdagangan dengan penempatan Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki.
![Suruhanjaya Eropah suarakan kebimbangan terhadap sekatan AS ke atas eksport cip AI Suruhanjaya Eropah suarakan kebimbangan terhadap sekatan AS ke atas eksport cip AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719225623_EuropeanCommission.jpg)
Suruhanjaya Eropah suarakan kebimbangan terhadap sekatan AS ke atas eksport cip AI
Sekatan ini dilihat tidak selaras dengan kepentingan ekonomi dan keselamatan AS.
![Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735425854_charger.jpg)
Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini
Peraturan baharu ini menetapkan penyambung USB-C yang digunakan oleh peranti berasaskan android sebagai piawaian di EU.
![Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716854859_tbJosepBorrellFont.jpg)
Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah
Menurut Borrell, tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian semasa yang sedang dipertimbangkan, yang memberi semua jaminan keselamatan yang diperlukan.
![EU terkejut dengan serangan udara terbaharu Israel di selatan, timur Lubnan EU terkejut dengan serangan udara terbaharu Israel di selatan, timur Lubnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730984098_Israelistrikegaz.jpg)
EU terkejut dengan serangan udara terbaharu Israel di selatan, timur Lubnan
Pesawat tempur Israel pada awal pagi Khamis melancarkan beberapa siri serangan udara di seluruh Lubnan.
![Ahli Parlimen EU protes terhadap Israel di sesi Parlimen dengan kod QR di baju Ahli Parlimen EU protes terhadap Israel di sesi Parlimen dengan kod QR di baju](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729615939_Propalestinianprot.jpg)
Ahli Parlimen EU protes terhadap Israel di sesi Parlimen dengan kod QR di baju
Della Valle kesal tindakan Israel menyerang pasukan UNIFIL tidak dikutuk oleh Kesatuan Eropah (EU).
![Brussels umum undang-undang baharu usir migran tanpa hak untuk tinggal Brussels umum undang-undang baharu usir migran tanpa hak untuk tinggal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728997634_Brussels.jpg)
Brussels umum undang-undang baharu usir migran tanpa hak untuk tinggal
"Dasar imigresen EU hanya boleh mampan jika mereka yang tidak mempunyai hak untuk tinggal di EU dikembalikan dengan berkesan."
![Berdepan bantahan keras, EU tangguh peraturan penebangan hutan Berdepan bantahan keras, EU tangguh peraturan penebangan hutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51727925177_UrsulavonderLeyen.jpg)
Berdepan bantahan keras, EU tangguh peraturan penebangan hutan
Tindakan itu mencetuskan bantahan serta-merta daripada kumpulan alam sekitar yang memuji undang-undang itu sebagai satu kejayaan besar.