KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata lanjutan kontrak dua tahun yang diumumkan bagi doktor kontrak adalah untuk memberi masa kepada kerajaan membuat pindaan terhadap Akta Pencen 1980.
Katanya, pindaan itu penting untuk membolehkan pengambilan ke jawatan tetap boleh dilakukan dengan pilihan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Sementara menunggu pindaan itu, kerajaan akan membenarkan petugas kontrak untuk menyambung pengajian sarjana dan menawarkan jawatan tetap dengan pilihan KWSP setelah tersedia nanti," katanya di laman Facebooknya, malam ini.
Beliau dalam pada itu, menggesa semua pihak terutama kalangan petugas kesihatan untuk tidak meninggalkan tanggungjawab dan menyertai demonstrasi berkaitan isu doktor kontrak.
"Saya menyeru rakan kerja, para doktor, petugas kesihatan untuk mengingati ikrar yang telah kita lakukan ketika kita memulakan tugas kita, "primum non nocere" iaitu tidak menyakiti atau berlaku tidak adil kepada pesakit-pesakit kita.
"Kepada rakan sekerja muda kita dengan jawatan kontrak, saya menggesa anda semua untuk tidak menyertai demonstrasi dan meninggalkan tugas anda terhadap pesakit.
"Ingat, banyak nyawa boleh terlibat dan demonstrasi (ini) boleh boleh memberi impak terhadap kehidupan mereka, termasuk kerjaya anda," katanya.
Ujarnya, beliau faham dengan keperluan para doktor kontrak ini untuk berkhidmat sebagai jawatan tetap di dalam Kementerian Kesihatan (KKM).
Justeru katanya, kerajaan telah mengumumkan pelanjutan dua tahun bagi posisi kontrak tersebut, sekali gus memberi masa untuk melakukan pindaan terhadap akta berkaitan.
Beliau turut berharap, semua doktor beretika dan mengutamakan keselamatan pesakit ketika ini.
"Kita adalah kubu terakhir yang melakukan perbezaan kepada pesakit kita dan setiap nyawa adalah penting," tegasnya.
Terdahulu, jurucakap Gerakan Doktor-Doktor Kontrak Malaysia, Dr Umar Baraka berkata Hartal Doktor Kontrak atau mogok umum yang dijadual pada 26 Julai diteruskan untuk mendesak kerajaan menunaikan tuntutan golongan berkenaan.
Beliau menyifatkan ia adalah permulaan kerana lebih banyak tindakan sebegitu akan dilakukan sekiranya isu tersebut masih tidak selesai.
BACA: Isu doktor kontrak: Hartal 26 Julai diteruskan untuk desak tuntutan dipenuhi - Penganjur
BACA: Isu doktor kontrak: PM kemuka penyelesaian segera, arah pelan komprehensif
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Jumaat dilapor berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) bersama kementerian serta agensi lain diarah merangka pelan komprehensif dan inklusif bagi menangani isu berkaitan kumpulan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak.
Beliau berkata pelan tersebut perlu merangkumi tindakan segera, pelan jangka pendek, sederhana dan pelan jangka panjang.
Nickyson Nyambar
Sun Jul 25 2021

Dr Noor Hisham menyeru semua doktor untuk tidak menyertai protes dan terus berpegang kepada ikrar mereka berbakti dalam profesion berkenaan. - Gambar fail
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Parlimen: 1,497 doktor letak jawatan sejak 2017, 514 pada 2021
Dari Januari hingga 26 November 2021, seramai 514 orang pegawai perubatan lantikan kontrak telah meletakkan jawatan.

Kerajaan tanggung RM1.2 bilion lanjut kontrak 7,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi
Kerajaan telah bersetuju melanjutkan kontrak kira-kira 14,000 doktor perubatan, pergigian dan pegawai farmasi bagi tempoh dua tahun.

Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.

Isu doktor kontrak: PM kemuka penyelesaian segera, arah pelan komprehensif
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelan tersebut perlu merangkumi tindakan segera, pelan jangka pendek sederhana dan pelan jangka panjang.