KUALA TERENGGANU: Pengusaha kantin sekolah diminta merujuk kembali garis panduan ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung dakwaan kenaikan harga makanan di premis berkenaan baru-baru ini.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementeriannya sentiasa mengawal dan memantau operasi kantin termasuk penetapan harga makanan, memandangkan ia melibatkan pemegang taruh yang besar.
"Sekolah dan kontraktor (pengusaha kantin) tertakluk dengan garis panduan tersebut. Jadi kalau ada dakwaan itu (harga mahal) mereka kena pergi kepada garis panduan yang telah dibuat.
"Pemegang taruh untuk isu harga makanan ini besar, bukan saja dengan kontraktor kantin dan pihak sekolah, tapi juga KPM sebab nutrisi dan diet kanak-kanak kena tengok," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa di sini, yang terjejas akibat banjir besar Disember lepas.
Ditanya mengenai laporan rasmi berhubung isu itu, beliau berkata pihaknya akan mengumpul maklumat berkenaan jika mendapat aduan daripada mana-mana pihak.
"Kalau ada aduan yang disifatkan sebagai mengganggu, sama ada memberi kesan kepada kontraktor kantin dan paling penting kepada kanak-kanak dan ibu bapa, kita minta kemukakan (aduan)," katanya.
Baru-baru ini media melaporkan, harga makanan di kantin sekolah didakwa meningkat sehingga 50 peratus pada sesi pembukaan sekolah baru-baru ini susulan peningkatan harga bahan mentah di pasaran.
Sementara itu, Fadhlina berkata tafsiran kerugian secara keseluruhan bagi sekolah-sekolah terjejas akibat banjir di seluruh negara masih belum diperoleh KPM, namun peruntukan awal telah disalurkan kepada mana-mana sekolah yang teruk dan kritikal.
Katanya, tahap kerosakan setiap sekolah di setiap negeri adalah berbeza justeru, peruntukan untuk proses penyelenggaraan juga adalah tidak sama.
"Untuk SK Pulau Rusa ini misalnya, KPM memperuntukkan sebanyak RM150,000 untuk proses penyelenggaraan agar pelajar dapat belajar dengan selamat dan ceria," katanya.
Beliau berkata pihaknya sangat kagum dengan usaha pihak sekolah berkenaan yang melakukan kaedah staging sebagai persediaan untuk menghadapi banjir.
"Kaedah staging saya fikir sangat efektif untuk tangani isu banjir. Kaedah ini boleh disebar luas ke negeri-negeri lain yang juga menghadapi isu banjir," katanya.
Staging adalah kaedah penyediaan platform tinggi di sekolah untuk menempatkan aset-aset sekolah bagi mengurangkan risiko kerosakan harta benda.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023
![Isu harga makanan: Pengusaha kantin sekolah perlu rujuk garis panduan Isu harga makanan: Pengusaha kantin sekolah perlu rujuk garis panduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673333980_kantinkantinsekol.jpg)
Kementerian Pendidikan sentiasa mengawal dan memantau operasi kantin termasuk penetapan harga makanan, memandangkan ia melibatkan pemegang taruh yang besar. - Gambar fail
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Keracunan makanan: Pengusaha kantin SK Chepor akan didakwa - Exco Keracunan makanan: Pengusaha kantin SK Chepor akan didakwa - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51727768319_Sivanesan.jpg)
Keracunan makanan: Pengusaha kantin SK Chepor akan didakwa - Exco
Pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor bakal dikenakan tindakan perundangan susulan kejadian keracunan makanan 25 Sept lepas.
![Keracunan makanan: Perkhidmatan pengusaha kantin SBP tamat November ini Keracunan makanan: Perkhidmatan pengusaha kantin SBP tamat November ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724665128_tbkantinmakanan.jpg)
Keracunan makanan: Perkhidmatan pengusaha kantin SBP tamat November ini
Pengarah JPNT Jelani Sulong berkata sebelum ini pengusaha itu telah mengemukakan permohonan untuk menyambung kontrak selama setahun lagi.
![Pengusaha kantin disaran berbincang dengan pihak sekolah - Fadhlina Pengusaha kantin disaran berbincang dengan pihak sekolah - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673272084_Isukenaikanhargga.jpg)
Pengusaha kantin disaran berbincang dengan pihak sekolah - Fadhlina
Pengusaha kantin sekolah disarankan untuk berbincang dengan pihak sekolah berkenaan operasi premis sepanjang bulan Ramadan.
![Isu harga makanan: Pengusaha kantin sekolah perlu rujuk garis panduan Isu harga makanan: Pengusaha kantin sekolah perlu rujuk garis panduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673333980_kantinkantinsekol.jpg)
Isu harga makanan: Pengusaha kantin sekolah perlu rujuk garis panduan
Kementerian Pendidikan mengawal dan memantau operasi kantin termasuk penetapan harga makanan, memandangkan ia melibatkan pemegang taruh yang besar.
![Pengusaha kantin dilepas tuduhan mudaratkan kesihatan pelajar Pengusaha kantin dilepas tuduhan mudaratkan kesihatan pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615447180_pengusahakantinma.jpg)
Pengusaha kantin dilepas tuduhan mudaratkan kesihatan pelajar
Majistret membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
![Penjaja, pengusaha kantin antara kumpulan pertama terima pakej bantuan rakyat - Chow Penjaja, pengusaha kantin antara kumpulan pertama terima pakej bantuan rakyat - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611234898_KantinRTM.jpg)
Penjaja, pengusaha kantin antara kumpulan pertama terima pakej bantuan rakyat - Chow
Kerajaan negeri telah mengenal pasti lima kumpulan sasaran pertama bagi menerima pakej bantuan rakyat Pulau Pinang bernilai RM20 juta.
![Kes bunuh dan tidur dengan mayat teman wanita, Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman gantung Kes bunuh dan tidur dengan mayat teman wanita, Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81542351817_CourtGavel.jpg)
Kes bunuh dan tidur dengan mayat teman wanita, Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman gantung
Hukuman gantung terhadap seorang pengusaha kantin yang membelasah teman wanitanya sehingga mati, dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.
![Rasuah: Guru besar dipenjara lapan bulan Rasuah: Guru besar dipenjara lapan bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/71486365600_MSubramaniam.jpg)
Rasuah: Guru besar dipenjara lapan bulan
Suapan itu bagi mendapatkan surat sokongan untuk melanjutkan kontrak kantin di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Rawang.
![Pengusaha kantin perlu anggap murid sekolah seperti anak sendiri - Subramaniam Pengusaha kantin perlu anggap murid sekolah seperti anak sendiri - Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41476794119_DSSSubramaniam.jpg)
Pengusaha kantin perlu anggap murid sekolah seperti anak sendiri - Subramaniam
Pengusaha kantin sekolah digesa agar bersifat lebih bertanggungjawab dan prihatin dalam menyediakan makanan untuk murid-murid.