ALOR GAJAH: Isu kekurangan bekalan lembu hidup bagi ibadah korban dijangka selesai menjelang awal Julai ini, termasuk tempoh kuarantin kemasukan lembu import yang dipendekkan kepada 14 hari.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (DVS) Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata pihaknya telahpun mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak berkuasa Thailand, untuk selesaikan beberapa perkara teknikal dan protokol, bagi membolehkan lembu dari Thailand masuk ke Malaysia dengan segera.
"Semalam pun kita sudah menghantar satu surat terkini kepada pihak Thailand, untuk meminta kerjasama mereka agar membenarkan pengeluaran sijil kesihatan veterinar bagi melepaskan lembu-lembu yang telah ada dalam stesen kuarantin di Thailand.
"Insya-Allah dalam tempoh yang terdekat, sebelum raya korban ini kita akan dapat selesaikan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke ladang ternakan ayam Leong Hup di Taboh Naning di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Badrul Hisham Mohd.
Jelasnya Malaysia memerlukan memerlukan 42,000 lembu hidup bagi tujuan ibadah korban, namun setakat ini bekalan lembu hidup tempatan hanya mampu membekalkan dalam lingkungan 38,000 ekor sahaja.
"Kita masih bergantung harap untuk kemasukan segera lembu hidup dari luar khususnya daripada Thailand memandangkan saiz lembu yang dimport dari negara itu lebih sesuai bagi ibadah korban, seperti mana lembu yang ada di Malaysia," jelasnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban juga tidak perlu bimbang dengan tempoh masa kuarantin, sekiranya lembu-lembu hidup dari Thailand itu dibenarkan memasuki Malaysia.
"Insya-Allah sempat sebab kita sudah tengok semula syarat protokol import kita dan perbincangan dengan pemain industri minggu lepas, telah memaklumkan tempoh kuarantin di Malaysia sudah disingkatkan dan kembali kepada asal iaitu dari 30 hari kepada 14 hari.
"Jadi Insya-Allah tempoh itu akan cukup untuk lembu keluar (kuarantin) sebelum Aidiladha," katanya.
Menyentuh mengenai rumah sembelihan yang akan digunakan sepanjang Aidiladha, Dr Norlizan menjelaskan jumlahnya masih belum ditentukan, namun sudah terdapat permintaan daripada pelbagai pihak untuk menggunakan perkhidmatan di rumah sembelihan.
"Bukan saja semasa PKP tetapi dalam keadaan sekarang pun kita masih harap dan galakan penyembelihan dilaksanakan di rumah sembelih yang ditetapkan, sama ada kerajaan atau swasta.
"Untuk tahun ini kita jangkakan seperti tahun lepas juga, yang mana banyak rumah-rumah sembelihan sudah mula menerima tempahan bukan saja dari pihak berseorangan, tetapi juga berkumpulan yang hendak melakukan ibadah korban," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022

Isu kekurangan bekalan lembu hidup bagi ibadah korban dijangka selesai menjelang awal Julai ini, termasuk tempoh kuarantin kemasukan lembu import yang dipendekkan kepada 14 hari. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Empat jasad tebusan diserah kepada Israel
Hamas pada Khamis menyerahkan empat jasad tebusan warga Israel pada Khamis. Antara empat jasad itu termasuk seorang ibu dan dua anaknya. Jasad Shiri Bibas dan dua anaknya Ariel dan Kfir serta seorang warga emas Oded Lifshitz, 83 tahun diserahkan kepada kerajaan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata. Anak kepada Bibas, Kfir adalah tebusan termuda yang mana ketika hayatnya baru berusia 9 bulan.
Doktor haiwan di Lubnan mahu segera kembali berkhidmat
Shamoun, yang dipindahkan dari Khiam pada akhir September semasa konflik antara Israel dan Hizbullah, cuba untuk pulang sejurus selepas perjanjian gencatan senjata dicapai, namun gagal kerana kehadiran tentera Israel.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.

Isu kekurangan bekalan lembu untuk Aidiladha selesai sebelum Julai, tempoh kuarantin disingkatkan
Isu kekurangan bekalan lembu hidup bagi ibadah korban dijangka selesai menjelang awal Julai ini, termasuk tempoh kuarantin kemasukan lembu import yang dipendekkan kepada 14 hari.