KUALA LUMPUR: Peningkatan mendadak harga tiket penerbangan dari semenanjung ke Sabah dan Sarawak membebankan banyak pihak termasuk petugas barisan hadapan yang pulang bertugas dan orang awam yang ingin melawat keluarga.
Menurut Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii, beliau menerima banyak aduan harga tiket pergi dan balik meningkat sehingga RM3,000 daripada harga asal sekitar RM300 hingga RM500 sebelum ini.
Berikutan itu, katanya perkara tersebut akan dibawa ke sidang Dewan Rakyat bagi menggesa kerajaan mengawal kenaikan harga yang mendadak ini.
‘’Kekurangan penerbangan mungkin jadi faktor kenaikan yang mendadak ini walaupun Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengumumkan peningkatan jumlah penerbangan bermula 1 Oktober 2021.
‘’Perkara ini wajar diambil perhatian kerajaan negeri bukan sahaja bagi memperkasa sektor pelancongan di negeri itu malah memudahkan urusan pulang mahasiswa yang menuntut di negeri itu memandangkan institusi pendidikan sudah mula dibuka semula,’’ katanya.
Selain itu ujarnya, peningkatan ini bukan sahaja menjejaskan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) malah perniagaan dan pelanggan turut terkesan.
Antara lain, dengan desas-desus pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 dalam masa terdekat, semua usaha perlu digerakkan bagi memudahkan urusan pergi dan balik warga negeri itu yang pulang mengundi.
‘’Ini antara sebab mengapa saya menggesa Kementerian Pengangkutan dan JPBN Sarawak mencari jalan penyelesaian dan mencapai kata sepakat melalui perbincangan dengan semua pihak berkepentingan.
‘’Ini termasuk Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Malaysia Airports Holdings (MAHB) serta pemain taruh lain bagi menyelsaikan isu ini,’’ tambahnya lagi.
Astro Awani
Wed Oct 27 2021
Perkara tersebut akan dibawa ke sidang Dewan Rakyat bagi menggesa kerajaan mengawal kenaikan harga yang mendadak ini. - Gambar/ Twitter @Kelvinyii88
Transformasi mahasiswa daripada pencari kepada pencipta kerja antara fokus KPT
Usaha mentransformasikan mahasiswa daripada seorang pencari pekerjaan kepada pencipta pekerjaan selepas menamatkan pengajian menjadi fokus KPT dalam PPPM 2025-2035 yang sedang dirangka.
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
MOT akan bincang dengan syarikat penerbangan, tawar tiket murah kepada pelajar
Malaysia Airlines Bhd menyediakan program MHexplorer, yang menawarkan diskaun sehingga 30 peratus daripada harga tiket penerbangan.
PRU15: Bung Moktar gesa MOT campur tangan isu harga tiket mahal ke Sabah dan Sarawak
Kementerian Pengangkutan digesa campur tangan menyelesaikan isu peningkatan harga penerbangan ke Sabah dan Sarawak pada hari pengundian.
Isu kenaikan mendadak harga tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak dibawa ke Dewan Rakyat - Kelvin Yii
Peningkatan mendadak harga tiket penerbangan dari semenanjung ke Sabah dan Sarawak membebankan banyak pihak termasuk petugas barisan hadapan.