JERTIH: Seorang pesara tentera yang bertindak menaikkan bendera putih di perkarangan rumahnya di Kampung Air Tawar, di sini kerana tidak memperoleh bekalan air selama dua hari pada minggu lepas, mengakui ia berpunca daripada isu salah faham.
Mengakui kesilapannya memuat naik perkara tersebut ke akaun Facebook, Lt Kolonel (B) Mohd Rashid Mohamad Ibrahim, 63, berkata kejadian itu berlaku, akibat rasa tidak puas hatinya terhadap pengurusan pihak yang bertanggungjawab untuk menghantar bantuan bekalan air dari rumah ke rumah.
Bagaimanapun, perasaan tidak puas hatinya itu meleset, kerana ternyata kumpulan yang menghantar bekalan air itu bukanlah petugas Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) atau kerajaan negeri, sebaliknya kumpulan sukarelawan.
"Dalam kejadian pada Sabtu lepas itu, saya lihat jiran-jiran saya mendapat bantuan air yang dihantar kumpulan berkenaan, dengan mengisi air ke dalam tangki atau bekas yang disediakan tuan rumah di hadapan kediaman masing-masing.
"Tapi, bila sampai di rumah saya, petugas beritahu air dalam tangki mereka sudah habis dan akan datang semula. Namun, sampai ke malam tidak ada sebarang bantuan bekalan air tiba sedangkan esoknya (Ahad) empat anak saya mahu bersekolah," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya, di sini hari ini.
Akibat kejadian tersebut, bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu berkata beliau mengambil keputusan menaikkan bendera putih dan memasang lampu berdekatan tangki air di hadapan rumahnya.
Bagaimanapun beliau berkata tindakan itu bukanlah sebuah tanda protes atau membawa sebarang maksud negatif, sebaliknya sebagai penanda kepada petugas untuk memastikan mereka tidak terlepas mengisi air ke dalam tangki miliknya.
"Selain itu, apa yang saya maksudkan juga ialah sekiranya saya naikkan bendera putih bermakna air dalam tangki telah habis dan jika sebaliknya, itu bererti air masih ada dan mereka tidak perlu turun kenderaan untuk periksa air di dalam tangki.
"Tapi sekarang apabila mengetahui semua petugas tersebut sebenarnya sukarelawan daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan, maka saya reda sahaja jika ada yang datang hantar air atau tidak di depan rumah saya. Sekiranya tidak ada, saya akan pergi ambil sendiri di mana lokasi yang sesuai," katanya.
Bagaimanapun, Mohd Rashid berkata selepas kejadian itu, tangki air di rumahnya sentiasa diisi oleh pasukan sukarelawan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bertugas tanpa mengira masa yang adakalanya sehingga ke awal pagi.
Kisah Mohd Rashid itu merupakan sebahagian daripada ribuan penduduk di beberapa kawasan di Besut terutama di Mukim Bukit Keluang yang mengalami masalah gangguan bekalan air sejak 1 Jan lepas.
SATU dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan masalah yang menjejaskan 11 buah kampung di sekitar Besut, melibatkan 2,670 akaun pengguna itu berpunca daripada kebocoran paip bersaiz 600 milimeter (mm) di dasar Sungai Besut dan menjangkakan masalah itu hanya pulih pada 21 Jan ini.
Difahamkan, status kerja-kerja pemasangan dan pembaikan paip bersaiz 600 milimeter (mm) di dasar sungai Besut berhampiran jambatan Kampung Lampu, sedang giat dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024

Leftenan Kolonel (B), Mohd Rashid Mohamad Ibrahim menunjukkan bendera putih yang digunakannya sebelum ini sebagai penanda atau pedoman kepada petugas yang menghantar bantuan air ke rumahnya di Kampung Air Tawar, semalam. - Foto BERNAMA
LHDN kutip peningkatan hasil RM1.46 bilion - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dengan memperbaiki tata kelola, mempertahankan semangat dan disiplin serta memperkenalkan instrumen baharu seperti e-Invoice, hasil negara akan melonjak tinggi.
"Kita tahu negara itu berkembang, sistem itu mantap tetapi masih ada ruang kelemahan dan kebocoran. Dan saya bangga hasil prestasi hasil menunjukkan ada semangat, dorongan, keupayaan dan pimpinan menyempurnakan tanggungjawab," katanya.
Beliau berkata mana-mana pihak terutamanya golongan 'maha kaya' tidak diberi ruang terlepas daripada memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat dan warganegara dengan membayar cukai.
"Kita tahu negara itu berkembang, sistem itu mantap tetapi masih ada ruang kelemahan dan kebocoran. Dan saya bangga hasil prestasi hasil menunjukkan ada semangat, dorongan, keupayaan dan pimpinan menyempurnakan tanggungjawab," katanya.
Beliau berkata mana-mana pihak terutamanya golongan 'maha kaya' tidak diberi ruang terlepas daripada memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat dan warganegara dengan membayar cukai.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu, pertama di dunia guna tenaga solar sepenuhnya
Jambatan ikonik yang terletak di pusat bandar raya itu menerima sijil pengiktirafan daripada The International Tracking Standard Foundation.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 10 Mac 2025
Bursa Malaysia dijangka meningkat minggu ini didorong sentimen positif dan minat baharu terhadap saham kukuh.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Isnin? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Isnin? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Ketegangan Perdagangan Global: Strategi Pelaburan di Malaysia Bersama Mohd Sedek Jantan
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, membincangkan impak ketegangan perdagangan global terhadap ekonomi Malaysia, sektor yang berpotensi, dan strategi pelaburan yang bijak dalam menghadapi ketidakpastian pasaran.

Barcelona dedah Lamine Yamal teguh berpuasa
Kelab itu sebaliknya menaruh kepercayaan terhadap pakar pemakanan skuad pertama, Silvia Tremoleda, untuk menyelia diet pemain.
Ringgit diunjur terus bertahan, cecah 4.41-4.45 berbanding dolar AS minggu ini
Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) dan prospek ekonomi makro Malaysia yang kukuh akan terus memacu ringgit yang diunjur diniagakan dalam julat 4.41-4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), minggu ini.
Building resilience and success in women entrepreneurship
Many women entrepreneurs in Malaysia face deep-rooted challenges, from funding limitations to knowledge gaps in branding and financial management. This discussion with Founder, Yellow Tree Malaysia, Alleena Abdullah explores key strategies to accelerate their success while ensuring long-term business sustainability.
Naratif kepimpinan wanita, perlu evolusi atau revolusi?
Politik, korporat, ‘boys club’ dan stereotaip – bagaimana wanita Malaysia boleh menembusi halangan ini? Bersama Dinie Fadil, pengasas GAPS Malaysia, kita kupas cabaran sebenar wanita dalam dunia politik dan korporat.

Apple kini aktif bangunkan AirPods dilengkapi kamera
Secara kasar, ia dilihat sebagai alternatif pantas oleh Apple kepada kaca mata pintar yang ditawarkan oleh pesaing lain.

Isu kibar bendera putih akibat tidak dapat bantuan air hanya silap faham
Lt Kolonel (B) Mohd Rashid Mohamad Ibrahim mengakui ia berpunca daripada isu salah faham.