ALOR SETAR: Keluhan penduduk dari enam buah kampung di Kupang, Baling yang bimbang projek kuari batu Gunung Inas akan menjejaskan bekalan air bersih ke perkampungan mereka, dalam perhatian kerajaan negeri.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, buat masa ini, pihaknya masih menunggu laporan berkaitan projek kuari batu kapur itu selepas penduduk membuat bantahan pada 9 Januari lalu.
Menurutnya, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) akan menyerahkan laporan berkaitan dan kerajaan negeri bersedia mengambil tindakan sewajarnya tanpa mengabaikan kepentingan penduduk.
“Saya belum terima laporan PTG lagi, saya akan beri kenyataan dalam masa terdekat selepas meneliti perkara yang dibangkitkan itu.
"Perkara itu dalam pengetahuan saya selepas saya baca bantahan mereka yang dilaporkan media,” katanya kepada Sinar Harian, pada Jumaat.
Pada 9 Januari, kira-kira 1,500 penduduk mengadakan perhimpunan aman membantah pencerobohan syarikat kontraktor memasuki kawasan tadahan air bersih untuk melakukan kerja-kerja mencari gali batu kapur di Gunung Inas.
Projek kuari batu itu didakwa mula beroperasi sejak sebulan lalu menyebabkan penduduk membuat bantahan awal bagi mengelakkan projek berkenaan menjejaskan bekalan air bersih yang disalurkan ke enam buah kampung berhampiran.
Kawasan tadahan air sejauh tiga kilometer itu digunakan oleh penduduk Kampung Kemangi, Kampung KEDA Kemangi, Kampung Kuala Kuang, Kampung Padang Lengkuas, Kampung Bendang Baru dan Kampung Padang Dan sejak 1991.
Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebelum ini menerima memorandum bantahan penduduk dan akan memanjangkannya kepada Menteri Besar Kedah bagi menghentikan kerja-kerja cari gali demi kepentingan penduduk kampung.
“Saya belum terima memorandum berkenaan namun perkara ini dalam perhatian saya,” kata Muhammad Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 21 2022

MUHAMMAD SANUSI: Saya belum terima laporan PTG lagi, saya akan beri kenyataan dalam masa terdekat selepas meneliti perkara yang dibangkitkan itu. -Gambar fail/Bernama

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

Banjir Baling: KASA perlu pindahkan tolok hujan ke puncak Gunung Inas - Sanusi
Memindahkan tolok hujan untuk pastikan bacaan jumlah hujan dapat diperoleh dengan lebih tepat.

Tidak boleh sesuka hati musnahkan kolam takungan di puncak Gunung Inas - MB Kedah
Tiga kolam takungan air di puncak Gunung Inas tidak boleh dirobohkan sesuka hati kerana ia mempunyai pemilik yang sah.

Dua empangan sabo akan segera dibina di Gunung Inas - Sanusi
Ia bagi memperlahankan aliran air sungai dan menyekat aliran puing yang boleh mengakibatkan berlaku fenomena kepala air di kawasan berpenduduk.

Banjir Baling: Tanaman durian Musang King tidak boleh dihapus begitu sahaja - MB Kedah
Ini kerana kerajaan negeri terikat dengan kelulusan yang dibuat sebelum ini.

Tragedi Baling: Hapus atau kekal tanaman Musang King, itu keputusan Kerajaan Kedah
Takiyuddin berkata, Kerajaan Persekutuan hanya boleh memberi nasihat atau pandangan teknikal, dan bukannya aktiviti penguatkuasaan

Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king
Ahmad Bashah menegaskan kelulusan itu bukan bertujuan untuk pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku.

Banjir Baling: "Besar mana kolam itu?" - MB Kedah
Muhammad Sanusi tertanya-tanya...

Banjir Baling: 'Saya tahu siapa terlibat, jangan paksa kita dedahkan' - Sanusi
Beliau telah menerima kandungan dokumen dan kronologi berkaitan isu pembalakan dan kelulusan projek durian jenis Musang King di Gunung Inas, Baling.

Projek ladang durian Gunung Inas diluluskan kerajaan negeri - Pengarah Perhutanan Kedah
Rekod Jabatan Perhutanan Kedah mendapati, syarikat yang mengusahakan ladang durian Musang King di Gunung Inas tidak buat kesalahan.

Banjir Baling: "Tunggu laporan agensi, saya bukan ketua kerajaan netizen" - MB Kedah
Muhammad Sanusi tidak akan buat rumusan tanpa fakta yang akan dikemukakan oleh jabatan-jabatan yang berkemahiran.