PUTRAJAYA: Tindakan sewajarnya perlu diambil berlandaskan undang-undang negara ini sekiranya wujud elemen disengajakan dalam isu logo kasut keluaran Vern's Holding Sdn Bhd yang didakwa mirip kalimah Allah, tertera pada tapak kasut itu, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata pihaknya memandang serius isu berkenaan dan menyokong penuh tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan siasatan lanjut berhubung perkara itu.
Beliau berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan memandangkan polis telahpun membuka kertas siasatan berhubung kes itu.
"Jakim juga tidak mahu kes sebegini berulang lagi di masa akan datang sama ada oleh Vern's Holding Sdn Bhd, dan juga semua pihak yang menghasilkan apa sahaja produk jualan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Jakim telah bertemu Pengasas dan Pengarah Urusan Vern's Holding Sdn Bhd Datuk Seri Ng Chuan Hoo hari ini bagi tujuan siasatan dan meminta penjelasan serta langkah-langkah syarikat untuk mengelakkan isu seumpama itu berulang.
"Pihak Vern's Holding Sdn Bhd telah menjelaskan kedudukan sebenar isu berkenaan dan memohon maaf. Pihak syarikat telah mengambil tindakan drastik dengan menarik balik serta-merta produk itu dari lebih 70 cawangan Vern's di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya.
Hakimah berkata Jakim memberi peringatan tegas kepada Vern's Holding dan semua pengusaha, pengilang, pembekal dan pengimport untuk sentiasa cakna dan memberi perhatian serius terhadap isu-isu sensitif melibatkan agama dan kaum.
"(Ia) bagi mengekalkan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat keseluruhannya di negara ini. Semua pihak dinasihatkan untuk tidak membangkitkan isu-isu yang menyentuh aspek 3R iaitu agama, raja dan kaum yang boleh menimbulkan ketegangan dan menjejaskan keharmonian," katanya.
Sebelum ini tular satu video berdurasi tiga minit menerusi media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa kasut Vern's yang dibelinya memaparkan logo yang seakan-akan kalimah Allah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini berkata polis menerima lapan laporan di seluruh negara berkaitan isu logo berkenaan, dan kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada sidang media hari ini pula, Razarudin berkata 1,145 pasang kasut dirampas bagi membantu siasatan berkaitan isu berkenaan setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024
Hakimah berkata Jakim memandang serius isu berkenaan dan menyokong penuh tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan siasatan lanjut berhubung perkara itu. - Gambar fail/Bernama
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 14 bas ekspres dan persiaran
JPJ Pulau Pinang memaklumkan kesalahan lain dikesan dalam operasi itu ialah tidak mengemas kini buku log dan kesalahan teknikal.
AWANI Ringkas 2 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 2 Februari 2025
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
AWANI Ringkas: SPRM akan panggil beberapa artis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: kenderaan MPV catat kemalangan tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.
Kenderaan pacuan empat roda catat kemalangan tertinggi
Kenderaan pacuan empat roda mencatatkan jumlah paling tinggi terlibat dalam kemalangan sehingga Sabtu, sehari sebelum tempoh Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025 berakhir.
Villa biru hanya menanti 'ditelan' laut
Ombak besar dan angin kuat yang melanda sejak tiga hari lalu menyebabkan pemilik banglo biru di tepi pantai di Kampung Tanjung, dekat sini, kembali resah dengan risiko hakisan.
Hakisan pantai ubah geografi Malaysia
Sepanjang 1,347 daripada 8,840 kilometer atau kira-kira 15 peratus daripada pantai di seluruh negara dikenal pasti mengalami hakisan sejak lebih tiga dekad lalu
Utamakan mangsa di PPS, bantuan tambahan dinilai ikut keperluan
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan harus diutamakan kepada mangsa yang berdaftar di PPS dan bantuan tambahan akan diberikan dalam penilaian seterusnya mengikut keperluan.
OP SKY: SPRM bakal panggil beberapa selebriti, artis tempatan
beberapa selebriti dan artis tempatan dikenal pasti mempromosikan perkhidmatan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky untuk memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lama lagi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata berdasarkan siasatan mendapati selebriti dan artis terbabit menerima wang daripada syarikat itu bagi tujuan promosi termasuk menjadi wajah kepada syarikat berkenaan
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata berdasarkan siasatan mendapati selebriti dan artis terbabit menerima wang daripada syarikat itu bagi tujuan promosi termasuk menjadi wajah kepada syarikat berkenaan
Isu logo didakwa mirip kalimah Allah di tapak kasut: Tindakan tegas jika disengajakan - Jakim
Tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya wujud elemen disengajakan dalam isu logo kasut keluaran Vern's yang didakwa mirip kalimah Allah.