KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti 20 saksi bagi membantu siasatan dakwaan salah laku dan integriti melibatkan lima pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, berkata 10 daripada mereka telah dipanggil memberi keterangan, termasuk tiga yang hadir di ibu pejabat SPRM di sini, pada Rabu.
Katanya, 10 lagi saksi akan dipanggil dalam masa terdekat.
Menurutnya, antara individu yang dipanggil termasuk pegawai Mara, pengurusan kanan Mara Corporation (Mara Corp) dan setiausaha syarikat korporat yang terlibat.
"Pada ketika ini kita dalam peringkat mengumpulkan dokumen-dokumen berkaitan dengan siasatan yang melibatkan pembayaran elaun kepada pihak berkenaan.
"Kami menjangkakan siasatan akan lengkap dalam tempoh dua minggu lagi dan hasil siasatan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Rabu.
BACA: Isu integriti pegawai kanan: MARA akan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mengulas lanjut, Hishamuddin menjelaskan, lima individu yang didakwa terlibat dalam salah guna itu hanya akan dipanggil selepas SPRM merakamkan percakapan kesemua 20 saksi terbabit.
"Selepas semua saksi dipanggil, kita kena sahkan dulu semua keterangan dan dokumen sebelum mereka (pegawai kanan Mara) dipanggil," ujarnya lagi.
Pada Sabtu lepas, SPRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan Mara yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi itu.
Pada Isnin, SPRM menyerbu pejabat Mara, Mara Corp dan pejabat setiausaha syarikat kepada MARA Corp dalam tiga serbuan berasingan di ibu negara,.
Difahamkan, dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 pagi, lebih 10 pegawai SPRM dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya menyerbu pejabat Mara di di Jalan Mara, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang bagi mendapatkan maklumat berkaitan dakwaan isu integriti pegawai kanan agensi terbabit.
Difahamkan, serbuan dilakukan bagi mengumpul dokumen dan mengambil keterangan beberapa saksi daripada MARA Corporation.
Umavathi Ramayah
Wed Feb 09 2022

Hishamuddin memberitahu, 10 lagi saksi yang telah dikenal pasti akan dipanggil dalam masa terdekat, menjadikan 20 saksi keseluruhannya. - Gambar SPRM

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

MARA sasar RM50 juta kutipan Wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.

Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran
KKDW melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.

Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.

MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.

Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.

Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.

MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.

Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).