KUALA LUMPUR:Isu pembekalan dos vaksin COVID-19 yang dihadapi syarikat farmaseutikal Pfizer sebagaimana dakwaan media antarabangsa tidak akan menjejaskan pembekalan vaksin kepada negara ini yang dijangka diterima pada suku pertama tahun depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.
Ini kerana kata beliau isu pembekalan vaksin hanya melibatkan pengeluaran pada tahun ini.
"Saya pun sedia maklum masalah bekalan itu, tetapi dalam laporan media sama masalah itu hanya terkesan untuk bekalan 2020, setahu saya ini tak beri kesan bekalan tahun depan iaitu bekalan untuk kerajaan Malaysia," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) mengenai sama ada isu pembekalan vaksin syarikat Pfizer seperti laporan Reuters akan memberi kesan terhadap pembekalan vaksin kepada Malaysia.
Khary berkata kerajaan juga telah mengambil pendekatan mengenal pasti portfolio vaksin daripada pelbagai syarikat bagi memastikan bekalan yang cukup untuk rakyat negara ini.
BACA: Vaksin COVID-19: Banyak persoalan mengenai Pfizer yang tidak terjawab - Ku Li
BACA: Vaksin COVID-19: Kebimbangan pengguna Islam akan diberi perhatian - MOSTI
Mengulas mengenai kos tambahan yang mungkin terpaksa ditanggung selain peruntukan RM3 bilion, Khairy berkata setiap perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin akan mengambil kira kos seperti pengangkutan dan penyimpanan.
"Perjanjian dengan syarikat Pfizer contohnya, kos yang dibayar untuk setiap dos vaksin meliputi kos pengangkutan yang ditanggung oleh Pfizer sendiri," katanya.
Terdahulu menjawab soalan asal, Khairy berkata hingga kini Malaysia telah menandatangani dua perjanjian yang memberi jaminan bekalan vaksin sebanyak 30% daripada jumlah populasi negara.
"Perjanjian pertama ialah bersama COVAX Facility melalui Optional Purchase Arrangement yang ditandatangani pada 23 Nov yang menjamin bekalan vaksin sebanyak 10 peratus populasi negara, manakala perjanjian kedua pula ialah perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmaseutikal Pfizer yang dimeterai pada 24 Nov bagi mendapatkan bekalan vaksin sebanyak 20 peratus daripada populasi negara (12.8 juta dos)," katanya.
Beliau berkata kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan keberkesanan sesuatu vaksin dan keputusan akhir bagi penggunaan sesuatu vaksin di Malaysia hanya akan dibuat selepas melalui proses pendaftaran dan kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan.
Malaysia meletakkan sasaran 70 peratus daripada keseluruhan populasi negara bagi pembentukan imuniti kelompok di bawah Pelan Imunisasi Kebangsaan untuk penyakit COVID-19, dan bagi mencapai baki sasaran 40 peratus lagi, Khairy berkata kerajaan dalam proses perbincangan dengan syarikat-syarikat farmaseutikal pembangun vaksin COVID-19 yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 07 2020

Khary berkata kerajaan juga telah mengambil pendekatan mengenal pasti portfolio vaksin daripada pelbagai syarikat bagi memastikan bekalan yang cukup untuk rakyat negara ini. - Gambar fail
AWANI Ringkas: 12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.

TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).

Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.

Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.