KUALA LUMPUR: Meskipun KK Mart di Sunway, Selangor sudah menarik balik kesemua stoking yang tertera kalimah Allah, namun Kementerian Dalam Negeri menegaskan siasatan terhadap kedai serbaneka itu akan tetap diteruskan.
Timbalan Menteri dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah memberitahu, setakat ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 36 laporan berhubung stoking itu, yang tular di media sosial baru-baru ini.
Katanya, siasatan pada ketika ini tertumpu kepada vendor atau pengedar produk berkenaan ke pasaran.
"Walaupun KK Mart dan vendor sudah minta maaf, kita akan terus siasat kerana hal ini mencetuskan kegemparan dan kegusaran awam,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mengenai tindakan kementerian berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di premis KK Mart Bandar Sunway.
Shamsul Anuar berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda hingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Shamsul Anuar pada masa sama mengesahkan pemeriksaan kementerian mendapati tiada lagi penjualan stoking berkenaan di semua premis KK Mart di seluruh negara.
Menjawab soalan asal Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) mengenai pemantauan terhadap bahan penerbitan supaya bebas unsur lucah, tidak bermoral dan boleh merosakkan akidah umat Islam, beliau berkata setakat 2023, sejumlah 5,516 tajuk penerbitan telah dikenakan tindakan supaya tidak berada dalam masyarakat di negara ini.
"Kawal selia mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, tindakan penguatkuasaan bukan sahaja merujuk kepada aktiviti penjualan dan pengimportan, tetapi turut diambil terhadap penerbit, pencetak, pengedar termasuk pemilik mana-mana penerbitan yang menyalahi akta.
"Antara tindakan penguatkuasaan yang diambil jika terdapat kesalahan berkaitan kemoralan ialah penyitaan atau penahanan, siasatan dan pendakwaan kepada pesalah. Bahan penerbitan, buku atau bahan bacaan yang tidak bermoral terbabit akan dikenakan tindakan seperti Perintah Larangan, Tahan Penghantarserahan dan Tolak Pengimportan," katanya.
Umavathi Ramayah
Mon Mar 18 2024
Shamsul Anuar memberitahu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 36 laporan berhubung stoking itu, yang tular di media sosial baru-baru ini. - Gambar fail
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini
Perkeso bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dan meminda dua akta pada tahun ini.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan AIPA tahun depan.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).