SHAH ALAM: Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Peguam Datuk Rajpal Singh yang mewakili Chai, 57, dan Loh, 53, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan representasi itu selepas meneliti dokumen-dokumen yang diperolehi daripada pihak pendakwaan hari ini.
"Pihak kami memohon suatu tarikh sebutan ditetapkan kerana pihak pembelaan akan memfailkan representasi," katanya ketika sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Muhamad Anas Mahadzir.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat berkata pihak pendakwaan akan menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kes kepada pembelaan hari ini selain memohon supaya kes dihadapi pasangan suami isteri itu dibicarakan bersama dengan kes membabitkan pengarah bagi syarikat pengedar Xin Jian Chang Sdn Bhd.
"Pihak pendakwaan mohon kes-kes ini dibicarakan bersama selaras dengan Seksyen 170 Kanun Tatacara Jenayah dan saya percaya pihak pembelaan tidak membantah. Pendakwaan juga memohon supaya tarikh perbicaraan ditetapkan," katanya, dan pihak pembelaan kemudiannya mengesahkan perkara berkenaan.
Turut hadir dalam prosiding hari ini ialah peguam Lau Yi Leong yang mewakili pasangan suami isteri Soh Chin Huat dan Goh Li Huay serta anak perempuan mereka Soh Hui San, yang merupakan pengarah bagi syarikat pengedar Xin Jian Chang Sdn Bhd.
Soh, 61, dan Goh, 62, serta anak perempuan mereka Hui San, 36, didakwa atas pertuduhan bersubahat melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan stoking tertera kalimah Allah pada tempat, waktu dan tarikh yang sama.
Soh yang juga mewakili syarikatnya Xin Jian Chang Sdn Bhd turut didakwa atas pertuduhan sama.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 298 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 10 Jun ini untuk pengurusan kes bagi mengetahui status representasi berkenaan.
Ketika ditemui media di luar mahkamah Rajpal berkata pihaknya akan menghantar representasi dalam tempoh terdekat, namun masih belum membuat keputusan sama ada ia untuk menarik balik (pertuduhan) atau ada pertuduhan pilihan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024

Chai Kee Kan (dua, kanan) dan isterinya, Loh Siew Mui (tiga, kanan) sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan stoking tertera kalimah Allah. - Gambar fail/Bernama
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.

Stoking kalimah Allah: Pengasas KK Supermart, isteri bebas, 2 syarikat didenda RM60,000
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Pengasas Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, daripada semua pertuduhan melukakan perasaan dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.

Stoking kalimah Allah: Wai Loong dituduh semula, mengaku tidak salah
Lelaki yang membuat kenyataan jelik berhubung isu stoking dengan kalimah Allah, dituduh sekali lagi, atas satu pertuduhan yang sama.

Dr Akmal persoal kenapa diambil keterangan di Sabah
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan kenapa beliau perlu memberi keterangan di Sabah sedangkan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan di negeri ini.

'Dr Akmal patut henti main isu KK Mart, hayati titah Agong' - Nik Nazmi
"Nasihat saya kepada Akmal, keinginan memperkenalkan diri ke medan politik dengan isu seperti ini tidak akan bertahan lama."

Stoking kalimah Allah: UMNO arah Dr Akmal henti keluar kenyataan
UMNO sudah meminta Ketua Pemuda, Dr Muhamad Akmal Saleh berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu stoking kalimah Allah.

Isu stoking kalimah Allah: Pengasas KK Mart mohon ampun kepada Agong, umat Islam
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart dan Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr KK Chai pada Rabu.

Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.

Pembekal stoking kalimah Allah, tiga pengarah didakwa
Syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd yang bertanggungjawab mengedar barangan kepada KK Super Mart bersama tiga pengarah syarikat itu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen.

Isu stoking kalimah Allah: Pengasas KK Mart, isteri mengaku tidak bersalah hina agama Islam
Chai Kee Kan dan Loh Siew Mui mengaku tidak bersalah sengaja melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking tertera kalimah Allah.