KUANTAN: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang menjelaskan pemberian vaksin kepada pekerja industri perhotelan dibuat atas beberapa faktor termasuk kluster melibatkan Genting Highlands selain pertambahan jumlah vaksin yang diterima negeri itu.
Jawatankuasa itu menerusi kenyataan hari ini memaklumkan antara faktor penting diambil kira ialah kluster Jalan Genting yang berlangsung selama dua bulan dan melibatkan 563 orang serta keperluan menjadikan hotel sebagai tempat kuarantin.
"Pemberian vaksin kepada 3,036 orang daripada sektor perhotelan termasuk tukang kemas (housekeepers), pencuci dan penyelenggaraan adalah melibatkan enam daerah di Pahang dan bukan hanya daripada pekerja Genting Group.
"Ia juga sebagai usaha menggerakkan sektor ekonomi dan sektor sokongan negeri iaitu pelancongan dan pengangkutan," menurut kenyataan itu.
Jawatankuasa yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak menegaskan inisiatif itu juga hanya dibuat selepas 32,156 petugas barisan hadapan kesihatan dan perkhidmatan penting yang disasarkan sebagai penerima vaksin fasa pertama oleh kerajaan Persekutuan selesai menerima vaksin mereka.
Katanya, Pahang kemudiannya menerima 5,319 dos tambahan dalam fasa pertama yang disasarkan kepada petugas barisan hadapan selain Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk guru komobid dan sebagainya, dengan 3,820 orang guru telah menerima vaksin itu dalam dua fasa berbeza.
Jawatankuasa berkenaan memaklumkan sebanyak 5,600 dos tambahan vaksin Sinovac pula diterima untuk penerima daripada sektor pengangkutan, pihak berkuasa tempatan (PBT), perkhidmatan sokongan klinik (PSK) dan perkhidmatan sokongan hospital (PSH).
Menurut jawatankuasa itu, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Kebangsaan telah menggariskan vaksin Sinovac tidak sesuai untuk diberikan kepada golongan komobid.
Usaha mendapatkan penerima bagi vaksin Sinovac itu telah dimulakan sejak awal Mac lepas dengan seramai 540 orang kategori PSH menerima temu janji vaksin berkenaan selain PSK (104 orang), sektor pengangkutan (1,726 orang), PBT (102 orang) dan perhotelan (3,036 orang).
"Jumlah agihan perancangan asal (untuk sektor perhotelan) ialah 1,575 dos sahaja, namun disebabkan kurang sambutan daripada penerima sektor pengangkutan yang layak walaupun pelbagai usaha dilakukan menyebabkan jumlah penerima sektor perhotelan dinaikkan kepada 3,036 orang," menurut kenyataan itu.
Jawatankuasa itu juga menegaskan bahawa CITF negeri yang tertakluk kepada CITF Persekutuan komited dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan akan memastikan golongan sepatutnya menerima bekalan seperti digariskan.
Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan tular di media sosial yang menyatakan sejumlah pekerja syarikat Genting Group menerima vaksinasi COVID-19 atas arahan beliau.
Khairy berkata CITF negeri telah membuat keputusan untuk memberikan vaksin kepada pekerja di sektor pelancongan dan CITF Persekutuan hanya mengetahui tentang keputusan tersebut selepas proses vaksinasi kumpulan berkenaan bermula.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 29 2021

Antara faktor penting diambil kira ialah kluster Jalan Genting yang berlangsung selama dua bulan dan melibatkan 563 orang serta keperluan menjadikan hotel sebagai tempat kuarantin. - Gambar fail/ AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.

Pelupusan tanah di Miami milik Genting bernilai AS$1.22 bilion tidak diteruskan, dibuka untuk bidaan
Genting Malaysia umum Smart Miami City LLC telah membatalkan bidaannya untuk tanah milik anak syarikat penuh GenM, Resorts World Miami LLC di Miami.

Pendapatan Genting dijangka kembali kukuh didorong pembukaan semula sempadan
Pemerkasaan operasi dan pendapatan Genting Malaysia dan Genting Singapura akan turut memberi manfaat kepada Genting.

Genting bakal mencari peluang pelaburan baharu bagi melengkapi perniagaan sedia ada
Lim Kok Thay berkata, pihaknya akan memantau rapat persekitaran perniagaan dan mengambil langkah proaktif untuk mengukuhkan perniagaannya.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Belum dilihat bagaimana konflik Rusia-Ukraine dapat diselesaikan, tetapi yang mendapat manfaat yang jelas adalah harga komoditi.

COVID-19: Kasino di Genting diarah tutup serta-merta
Ismail Sabri berkata, beliau telah mengeluarkan arahan tutup serta-merta ke atas kasino tersebut pada Jumaat lepas (21 Mei)

COVID-19: Resorts World Genting tutup dua minggu, beroperasi semula 1 April
Penutupan itu bermula 18 Mac, dan berakhir 31 Mac, 2020, selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang diumumkan Perdana Menteri

Saham Genting turun selepas pengumuman Belanjawan 2019
Harga saham Genting Bhd susut 45 sen semasa awal dagangan hari ini kepada RM6.75, manakala saham Genting Malaysia Bhd (GENM) turun 99 sen kepada RM3.55, memandangkan sektor perjudian dilihat sebagai s

Pelan Bersepadu Pelancongan Genting dilancarkan
Perdana Menteri melancarkan Pelan Bersepadu Pelancongan Genting, GITP, melibatkan pelaburan berjumlah RM5 bilion oleh Genting Malaysia Bhd.

SPAD tubuhkan Jawatankuasa Inkuiri kemalangan bas Genting
SPAD menubuhkan Jawatankuasa Inkuiri Kemalangan Bas - Genting bagi meneliti secara terperinci bukti dan laporan berkaitan kemalangan bas di Jalan Genting Highlands yang mengorbankan 37 orang.