Jabatan Imigresen Kelantan menahan enam wanita warga Thailand selepas disyaki menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial untuk bekerja sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan (GRO) di dua buah premis berasingan di Gua Musang, semalam.
Pengarah Imigresen Kelantan, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata selain enam wanita tersebut yang berusia antara 22 dan 47 tahun itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan disyaki melindungi warga asing berkenaan.
Serbuan di dua lokasi itu adalah sebahagian daripada Ops Gegar Jabatan Imigresen Kelantan bagi mengesan kehadiran warga asing khususnya wanita yang bekerja sebagai GRO, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata dalam serbuan bermula pukul 11 malam itu, enam wanita terbabit sedang leka melayan pelanggan di premis hiburan berkenaan.
Wan Mohammed Saupee berkata pemilik premis akan menyediakan perkhidmatan karaoke dengan hidangan arak manakala wanita terbabit ditugaskan untuk melayan pelanggan yang kebanyakannya penduduk tempatan dan pekerja warga asing.
Beliau berkata kesemua enam wanita terbabit dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2017

Wan Mohammed Saupee berkata serbuan di dua lokasi itu adalah sebahagian daripada Ops Gegar Jabatan Imigresen Kelantan bagi mengesan kehadiran warga asing khususnya wanita yang bekerja sebagai GRO. - Gambar hiasan

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Lelaki Singapura, Palestin antara 85 pendatang asing ditahan Imigresen
Seorang lelaki Singapura dan seorang lelaki Palestin antara 85 pendatang asing ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Johor dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini serta Muar pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 27 GRO ditahan
Polis menahan 27 wanita warga asing disyaki bekerja sebagai GRO dalam serbuan Op Noda #KLStrike Force di sebuah pusat hiburan tanpa lesen.

Pusat hiburan tawar GRO warga asing diserbu JIM Kuala Lumpur
Penjaga premis bertindak memadamkan lampu ketika anggota Imigresen memperkenalkan diri, menyebabkan beberapa wanita terjatuh dan cedera.

Bilik karaoke 'super VIP' RM16,000 saji GRO
Sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail di sini, yang menyediakan bilik karaoke 'super VIP' dipercayai dengan bayaran sehingga RM16,000 digempur, pada Jumaat.

Pintu rahsia dalam tandas pusat hiburan jadi tempat sembunyi PATI
Pintu rahsia dalam tandas pusat hiburan jadi tempat sembunyi PATI

13 GRO warga asing ditahan disyaki salah guna dokumen perjalanan
Seramai 13 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan di empat pusat hiburan sekitar Jalan Chulan, pagi tadi.

Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.

Pusat karaoke guna pintu kebal tawar GRO diserbu
Seramai 90 PATI ditahan membabitkan 37 lelaki dan 51 wanita serta dua kanak-kanak perempuan atas pelbagai kesalahan.

120 pelacur, GRO ditahan di premis hiburan di Kuantan
Seramai 151 individu ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Ops Khas di 17 premis hiburan di sekitar daerah ini pada malam, Jumaat.

71 PATI termasuk GRO warga asing dicekup di 10 premis
Kesemua mereka ditahan ditahan dalam serbuan di 10 premis di sekitar Ipoh dan Enggor, Kuala Kangsar pada Rabu dan Khamis.