KUALA LUMPUR: Sebuah pasukan siasatan telah memulakan siasatan awal bagi mengenal pasti punca kemalangan dua kapal di perairan Muar, Johor pada Sabtu malam, di samping mengemukakan pelbagai syor yang berkaitan supaya kejadian seumpama itu tidak berulang.
Jabatan Laut Malaysia dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan siasatan awal pasukan yang ditubuhkannya itu mendapati kapal MV Gagapagos telah hilang kawalan semasa pelayaran yang menyebabkan berlakunya pelanggaran di antara kedua-dua kapal, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Jabatan Laut Malaysia juga telah mengarahkan kedua-dua kapal untuk berlabuh di tempat selamat bagi tujuan verifikasi kerosakan dan siasatan lanjut.
"Pada masa ini, pasukan siasatan kemalangan kapal Jabatan Laut Wilayah Selatan (JLWS) sedang menjalankan siasatan ke atas kapal-kapal berkenaan," menurut kenyataan itu.
Insiden tengah malam semalam menyaksikan sebuah kapal tangki MV Galapagos dan sebuah kapal kargo MV Zephyr Lumos berlanggar di kedudukan 14.1 batu nautika barat daya kuala Sungai Muar.
Maklumat mengenai isyarat kecemasan dari kedua-dua kapal itu diterima menerusi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Pekan Baru, Indonesia, pada pukul 12.30 tengah malam.
Jabatan Laut turut memaklumkan hasil pemeriksaan di lokasi asal kemalangan mendapati tiada sebarang kesan minyak dilihat, namun menurut laporan awal yang diperoleh daripada Maritim, tumpahan minyak dikesan kira-kira lima batu nautika dari lokasi kapal MV Galapagos itu berlabuh.
Bagaimanapun tiada tumpahan minyak dilaporkan di lokasi MV Zephyr Lumos berlabuh, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 11 2021

Jabatan Laut Malaysia juga telah mengarahkan kedua-dua kapal untuk berlabuh di tempat selamat bagi tujuan verifikasi kerosakan dan siasatan lanjut.
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Jabatan Laut tubuh pasukan siasatan insiden kapal berlanggar di Muar
Sebuah pasukan siasatan telah memulakan siasatan awal bagi mengenal pasti punca kemalangan dua kapal di perairan Muar, Johor pada Sabtu malam.