Menerusi satu kenyataan, JPM berkata empat media sosial rasmi itu adalah;
1. Facebook (@Jab.PerdanaMenteri);
2. Twitter (twitter.com/jpmgov_);
3. Instagram (www.instagram.com/jabatanperdanamenteri/) dan
4. YouTube (www.youtube.com/jabatanperdanamenteri).
Justeru, jabatan tersebut menafikan akaun telegram https://t.me/jpmgov yang kononnya diwujudkan atas nama Jabatan Perdana Menteri.

"Orang ramai diminta supaya tidak menyertai pautan tersebut bagi mengelakkan penerimaan maklumat dan berita palsu.
"Pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perdana Menteri di 03-8872345," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.