SEREMBAN: Selepas sebulan terlantar di hospital, wanita mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin, 43, yang sebelum ini koma dipukul suami disahkan positif COVID-19.
Adiknya, Fauziah Nordin, 40, berkata, pihak hospital memaklumkan yang Jahidah dipindahkan ke wad COVID-19 Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pada petang Rabu.
Menurutnya, makluman itu agak mengejutkan dan membimbangkan keluarga lebih-lebih lagi dengan keadaan Jahidah yang tidak dapat bergerak dan bercakap.
"Saya pun pelik macam mana kakak boleh positif COVID-19 kerana penjaga pun tidak dibenarkan masuk dan orang yang keluar masuk hospital pun akan diperiksa.
"Kami sangat risau dengan keadaan kakak, dia alami demam turun naik serta keadaan kudis belakang badannya makin teruk," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Apa yang lebih membimbangkan keluarga kata Fauziah, kakaknya juga masih belum divaksin.
Katanya, disebabkan itu pihak hospital memaklumkan yang Jahidah akan dipantau dalam tempoh 10 hari.
"Kita tahulah orang kena COVID-19 ini macam mana.
Orang yang sihat pun boleh jadi teruk inikan pula kakak yang bernafas bukan dengan cara biasa.
"Jadi kami berserahlah dan harapnya kakak akan pulih," katanya.
Sementara itu berkenaan keadaan anak Jahidah, Fauziah berkata, J Eshan Nufail yang sudah berusia dua bulan berada dalam keadaan baik namun sedikit meragam pada Rabu, kemungkinan rindu akan ibunya.
Namun katanya, bayi berkenaan tidur lena selepas diselimutkan dengan baju Jahidah.
Untuk rekod, pada 21 Januari lalu Jahidah dikejarkan ke hospital dengan ambulans selepas tahap kesihatannya dilaporkan tidak stabil akibat demam, muntah dan nafasnya turun naik.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.
Sebelum ini pada 17 Jun 2021, suami mangsa, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 24 2022

Jahidah dan bayinya sebelum dia dimasukkan ke hospital. -Foto Sinar Harian/ihsan Fauziah

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kes Jahidah: Bekas suami dipenjara 10 tahun
Seorang peniaga dihukum penjara 10 tahun di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin, 46, sehingga koma, tiga tahun lalu.

Kes Jahidah: 'Penantian keluarga akhirnya berakhir' - Adik
Perjuangan lebih tiga tahun keluarga Jahidah Nordin @Sylvester yang didakwa dipukul suaminya sehingga koma akhirnya menemui titik noktah.

Jahidah masih terlantar, anak kini berstatus OKU
Eshan Nufail kini sudah berusia 3 tahun namun masih tidak mampu berjalan dan bertutur seperti kanak-kanak normal lain sebayanya.

Keputusan kes Jahidah ditangguh, bekas suami alami sesak nafas
Hakim kemudian menetapkan 9 Disember depan sebagai tarikh keputusan di akhir pembelaan kes berkenaan.

Keluarga sedia bawa Jahidah ke mahkamah walaupun sukar
Pihaknya dimaklumkan kemungkinan kakaknya perlu dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan berhubung pertuduhan terhadap bekas suaminya yang didakwa memukulnya dua tahun lalu.

Bantuan JKM kepada wanita koma dipukul suami diteruskan
Bantuan bulanan JKM kepada Jahidah Nordin, yang koma akibat dipukul suami, akan diteruskan bagi membantu meringankan beban keluarganya.

'Aidilfitri sayu tanpa Jahidah yang dulu'
Tidak pernah putus harapan untuk melihat Jahidah sembuh atau sekurang-kurangnya dia boleh bercakap semula.

"Kami berserah pada Allah, apa sahaja yang terbaik buat kakak Jahidah" - Adik
-KAMI berserah pada Allah apa yang terbaik. Jahidah sudah lama bertahan. Ini luahan rasa adiknya, Jahidah di akaun media sosial TikToknya.

Jahidah positif COVID-19
Pihak hospital memaklumkan yang Jahidah dipindahkan ke wad COVID-19 Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pada petang Rabu.

Dipukul suami sehingga koma, air mata ibu ini gugur setiap kali sentuh anak
Fauziah Nordin, 40, berkata keadaan Jahidah, 43, masih tidak boleh bergerak dan hanya terlantar di katil serta masih belum melihat anaknya, Eshan Nufail yang dilahirkan pada 30 November lalu.