Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), akan memberi penerangan dari premis ke premis bagi menerangkan keperluan dan kepentingan label penjualan berus cat yang diperbuat daripada bulu babi.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Hub Halal JAIPs, Mohd Al Hafiz Abdul Aziz berkata sesi penerangan itu akan dilakukan dalam kadar segera bagi memperbetulkan kekeliruan dalam kalangan peniaga.
"Kita akan minta mereka (peniaga) label dan asingkan peralatan yang diperbuat daripada binatang berkenaan iaitu anjing dan babi bagi mengelak orang Islam terbeli dan menggunakan peralatan itu.
"Cara ini (premis ke premis) adalah lebih praktikal dan cepat berbanding jika mahu semua peniaga berkenaan datang ke jabatan agama," katanya.
BACA: 150 berus cat bulu babi dirampas di Johor
BACA: Berus bulu babi: Kerajaan kaji kenakan permit import khas - Ahmad Maslan
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengikuti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengadakan operasi di premis perkakasan binaan di sekitar Kangar hari ini.
Sementara itu, Penolong Ketua Penguatkuasa KPDNKK Perlis Ahmad Sabri Mohd Suri berkata dalam operasi khas di tiga premis itu, sebanyak 21 berus cat bernilai RM93.50 dirampas.
"Sebanyak dua daripada tiga premis dikesan menjual berus cat yang dipercayai diperbuat daripada bulu babi dan ini baru melibatkan kes di Kangar, kita akan terus adakan operasi di premis lain pula di seluruh negeri selepas ini," katanya.
Semua barang rampasan berkenaan akan dihantar ke jabatan kimia untuk dianalisis.
Katanya, jika peniaga berkenaan didapati bersalah, mereka boleh didakwa mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Sabri berkata, selepas ini KPDNKK juga akan mengadakan operasi ke kedai membuat kek dan roti kerana dikhuatiri turut menggunakan peralatan daripada bulu haiwan berkenaan.
"Kita tidak mahu perkara ini dipandang remeh kerana ia membabitkan hak pengguna dan paling utama kesucian umat Islam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2017
![JAIPs beri penerangan premis ke premis keperluan label berus cat JAIPs beri penerangan premis ke premis keperluan label berus cat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/61486458996_JAIPs.jpg)
JAIPs akan memberi penerangan keperluan dan kepentingan label penjualan berus cat yang diperbuat daripada bulu babi. - Gambar FB - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
![Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738907294_TBDeepseek.jpg)
Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.
AWANI Ringkas: Jenayah penipuan pelaburan catat kerugian tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kriteria PPKM: Kekuatan kewangan kukuh, dengan modal RM10 juta
Mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh dengan modal berbayar RM10 juta, berstatus Sdn Bhd dan pemilikan tempatan antara kriteria utama pelantikan PPKM. #AWANInews
![Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738911426_TBdoctor.jpg)
Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.
Tiga syarikat dipilih untuk fasa pertama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM)
Antara tiga syarikat fasa pertama (PPKM) yang dipilih adalah Wawasan Bintang Sdn Bhd, Pakatan Petroleum Sdb Bhd dan Beriman Go Sdn Bhd. #AWANInews
![Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911105_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza
Pemulihan dan pembangunan semula Gaza merupakan antara perkara utama dijangka dibincangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
![Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738911259_TBhujan.jpg)
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak bermula tengah hari ini hingga esok.
Pukul isteri hingga koma, rayuan peniaga didengari 25 Feb
Mahkamah Tinggi Johor Bahru tetapkan 25 Februari untuk keputusan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya sehingga koma.
[TERKINI] Tempoh sebulan, tipu pelaburan rekod kerugian RM125.7 juta
Jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta pada tahun ini setakat 2 Februari lalu.
![Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911171_MetMalaysia.jpg)
Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.
![Tiada keperluan perkenal akta baharu berkaitan halal - Mohd Na'im Tiada keperluan perkenal akta baharu berkaitan halal - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695549499_TBnaim.jpg)
Tiada keperluan perkenal akta baharu berkaitan halal - Mohd Na'im
Tiada keperluan untuk menggubal akta baharu berkaitan pensijilan halal ketika ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar..
![Kartel daging import haram: Tiada anggota KPDNHEP terlibat Kartel daging import haram: Tiada anggota KPDNHEP terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81606891696_KASTAM.jpg)
Kartel daging import haram: Tiada anggota KPDNHEP terlibat
Tiada anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terlibat dalam kes kartel daging import haram yang dibongkar di Senai, Johor baru-baru ini.
![Sajat lapor KPDNHEP, dakwa produk bengkung diciplak Sajat lapor KPDNHEP, dakwa produk bengkung diciplak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41553506188_NurSajat.jpg)
Sajat lapor KPDNHEP, dakwa produk bengkung diciplak
Usahawan kosmetik Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendakwa kerugian ratusan ribu ringgit selepas produk bengkungnya diciplak oleh individu tidak bertanggungjawab.
![Kesalahan sijil halal palsu hampir sifar Kesalahan sijil halal palsu hampir sifar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61508234836_DatukSeriJamilKhi.jpg)
Kesalahan sijil halal palsu hampir sifar
Penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) hampir berjaya mensifarkan kesalahan berkaitan sijil halal palsu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
![JAIPs beri penerangan premis ke premis keperluan label berus cat JAIPs beri penerangan premis ke premis keperluan label berus cat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/61486458996_JAIPs.jpg)
JAIPs beri penerangan premis ke premis keperluan label berus cat
JAIPs akan memberi penerangan dari premis ke premis bagi menerangkan keperluan dan kepentingan label penjualan berus cat yang diperbuat daripada bulu babi.