SHAH ALAM:Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) yang bertugas di semua masjid pengurusan untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video mulai 4 Februari ini.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, sehubungan itu perkhidmatan kaunter secara janji temu mula dibuka bagi urusan tertentu di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) mulai Isnin ini.
"Buat permulaan, 25 urusan janji temu ditetapkan setiap hari bagi perkhidmatan kaunter yang dibuka mulai pukul 8 pagi hingga pukul 1 petang dan setakat ini 900 slot janji temu di semua PAID telah penuh sehingga Jumaat ini.
"Slot janji temu yang dibuka ini juga akan ditingkatkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada arahan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan permintaan pelanggan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dikuatkuasakan pada 13 Januari lepas, JAIS melaksanakan majlis akad nikah secara sidang video dengan mengutamakan perkara wajib dan rukun nikah bagi memastikan keselamatan semua pihak terpelihara daripada jangkitan COVID-19.
Katanya, sejak PKP dilaksanakan sehingga kini, 442 pasangan telah dinikahkan secara sidang video dengan Pendaftar Perkahwinan di PAID menyaksikan lafaz ijab dan qabul oleh wali serta pengantin lelaki yang berada di rumah dengan pengantin perempuan bersama dua saksi. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021

Mulai 4 Februari ini, semua Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) dibenarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video. - Gambar hiasan

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Majlis akad nikah kecoh, bapa pengantin perempuan sepak bakal menantu
Rakaman video berkenaan menjadi tular di media sosial dan dipercayai berlaku di Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada 14 Ogos lalu.

Selangor benarkan akad nikah mulai esok
Selangor membenarkan pelaksanaan majlis akad nikah berlangsung di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Agama Islam Daerah dan masjid, bermula esok.

Tiada acara menyarung cincin antara SOP majlis akad nikah di Sarawak
Majlis Islam Sarawak (MIS) memutuskan garis panduan mengenai pelaksanaan akad nikah dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Akad nikah dibenarkan di Selangor mulai 1 Julai
Bagaimanapun, kebenaran hanya tertakluk kepada pasangan yang telah mendapat tarikh janji temu daripada JAIS dan PAID.

Aktiviti pengimarahan masjid, surau di P. Pinang dibenarkan sepanjang PKPB
JHEAIPP membenarkan aktiviti pengimarahan di laksanakan di semua masjid dan surau di negeri Pulau Pinang sepanjang tempoh PKPB.

Perak benarkan majlis nikah di dewan mulai Jumaat
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membenarkan majlis akad nikah dilaksanakan di dewan hotel atau dewan komuniti serba guna, berkuat kuasa Jumaat ini.

Aktiviti pengajian agama, majlis akad nikah di masjid, surau dibenarkan di Terengganu
Semua aktiviti pengajian dan kelas agama di masjid dan surau seluruh Terengganu adalah dibenarkan.

Majlis akad nikah di Wilayah Persekutuan dibenarkan bermula esok
Bagi akad nikah di JAWI dan juga masjid-masjid di dalam Wilayah Persekutan, hanya lima orang dibenarkan hadir.

JAIS benarkan akad nikah berlangsung melalui sidang video
Jabatan Agama Islam Selangor membenarkan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) yang bertugas di semua masjid pengurusan untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video mulai 4 Feb ini.

PKP: Majlis akad nikah di Perak hanya dibenarkan di pejabat agama
Sebuah bilik khas perlu disediakan bagi menjalankan majlis akad nikah dan proses nyah kuman hendaklah dilakukan mengikut keperluan.