Jajaran kedua MRT yang menghubungkan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) dijangka bakal memulakan pembinaannya pada suku kedua tahun 2016.
Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Amir Mahmood Razak memaklumkan, pembinaan akan dimulakan dengan fasa pertama yang melibatkan laluan tingkat atas daripada Sungai Buloh hingga Kampung Batu.
"Jajaran kedua sekarang berada di tahap pemeriksaan awam yang akan berakhir 17 Ogos ini. Kemudian kita akan ambil masa sedikit untuk mempertimbang segala cadangan dan maklumat yang telah dikumpul.
"Kita menjangkakan selewat-lewatnya Disember ini untuk projek jajaran kedua mendapat kelulusan daripada kerajaan sebelum ia memulakan pembinaan," katanya dalam sidang media majlis 'Grand Finale' Peraduan 'Get On Board With MRT SSP Line' di ibu kota pada Sabtu.
Menurut Amir, fasa kedua jajaran SSP pula dijangka akan memulakan operasi pada 2021.
"Kita sasarkan pada suku kedua tahun 2022, MRT di kedua-dua jajaran sudah siap sepenuhnya dan sedia untuk dibuka kepada orang ramai," katanya.
Justeru beliau mengalu-alukan orang ramai untuk terus memberi maklum balas bagi menambah baik cadangan pembinaan jajaran SSP itu.
"Setakat ini kami sudah menerima sekitar 6,000 komen di laman web rasmi, Facebook dan laman sosial MRT yang lain. 94 peratus daripadanya bersetuju dan memberi maklum balas baik berhubung cadangan pembinaan yang dibuat.
"Maklum balas daripada orang ramai amat penting bagi memastikan ia nanti dapat memberi perkhidmatan yang memuaskan setiap pihak," katanya.
Beliau mengambil contoh cadangan awal pembinaan trek yang memerlukan Stadium Kajang dirobohkan bagi membolehkan laluan tingkat atas dibina di atas kawasan tersebut.
"Pada awalnya kami memilih lokasi tersebut memandangkan ianya tanah milik kerajaan dan ia dapat menjimatkan kos pembinaan.
"Bagaimanapun hasil maklum balas orang ramai yang membantah cadangan tersebut atas alasan Stadium Kajang menjadi tempat beriadah penduduk setempat setiap petang, maka kami telah mempertimbangkan permintaan tersebut dan akhirnya lokasi pembinaan telah dianjakkan.
"Kami juga menerima cadangan supaya diwujudkan 'feeder bus' supaya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di stesen MRT. Ia cadangan yang bagus dan kami akan mempertimbangkannya," jelasnya.
Trek sepanjang 52.2 kilometer itu menghubungkan 36 stesen dengan anggaran masa perjalanan dari hujung ke hujung selama 84 minit bakal menelan belanja sekitar RM 8 bilion.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa pembinaan jajaran pertama yang menghubungkan Sungai Buloh-Kajang (SBK) sudah mencapai 64 peratus siap.
Beliau yakin bahawa segalanya berjalan lancar dan akan siap seperti dijadualkan.
"Untuk jajaran SBK, kita telah mencapai lebih daripada yang kita jadualkan setakat ini.
"Kami kekal yakin dengan operasi fasa pertama iaitu daripada Sungai Buloh ke Semantan, iaitu berdekatan ibu pejabat MRT, akan siap dan mula beroperasi pada Disember 2016.
"Julai 2017 seluruh jajaran SBK akan beroperasi sepenuhnya," katanya.
Israr Khalid
Sun Jul 05 2015
Jajaran kedua MRT yang menghubungkan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) dijangka bakal memulakan pembinaannya pada suku kedua tahun 2016.
Hampir 2,000 meriahkan siri pertama di Negeri Sembilan
Hampir 2,000 pengunjung hadir memeriahkan Program Assalamualaikum RaRa 2025 anjuran Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, pada Sabtu.
Rakyat Syria berhadapan ancaman periuk api di kawasan perumahan
Selepas bebas dari kisah perang saudara, rakyat Syria kini menghadapi ancaman baru, iaitu periuk api dan juga bahan letupan yang masih aktif di kawasan rumah mereka.
Hilal Azmi yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Global Peace Mission Malaysia berada di Maaratul Nuqman, Pinggir Bandar Idlib, Syria ada laporannya.
Hilal Azmi yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Global Peace Mission Malaysia berada di Maaratul Nuqman, Pinggir Bandar Idlib, Syria ada laporannya.
Rumah transit remaja hamil bawah umur pertama akan dibuka
Rumah transit bagi remaja hamil bawah umur yang pertama akan dibuka DI Kuching dengan kerjasama pelbagaI NGO.
Hutan simpan kekal di Malaysia
Hari ini bermula penguatkuasaan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 Akta A1667 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang bertujuan menambah baik pengurusan Hutan Simpanan Kekal.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) diminta agar terus memantau tahap kesiapsiagaan semua agensi terlibat di semua peringkat untuk menghadapi bencana.
Perkembangan terkini banjir di Sarawak
Perkembangan terkini banjir di Sarawak bersama
Fadilah Sulaiman, Wakil Astro AWANI
Fadilah Sulaiman, Wakil Astro AWANI
AWANI Borneo [1/2/2025] – Bantuan RM1,000|Banjir|Hari Wilayah
Tumpuan AWANI Borneo 1 Feb 2025 bersama Nickyson Nyambar
-JPBN Sarawak pertimbang kes mangsa banjir enggan berpindah ke PPS
- PPS di tiga daerah di Sabah ditutup
-Hari Wilayah: Nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan
-JPBN Sarawak pertimbang kes mangsa banjir enggan berpindah ke PPS
- PPS di tiga daerah di Sabah ditutup
-Hari Wilayah: Nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan
Sherry teruja sertai 'Mantai Bersama' di Assalammualaikum RaRa 2025
Menurut Sherry, program ini menjadi platform untuk masyarakat berkumpul dan menghidupkan semula tradisi setempat.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan wilayah persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
Dana kesiapsiagaan bencana perlu dipertingkatkan
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa agar pihak kerajaan menyediakan dana mencukupi untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir.
Isu retak: MRT namakan 9 individu sebar maklumat palsu
MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) hari ini menamakan sembilan indidivu yang dipercayai terlibat menyebarkan maklumat palsu mengenai keretakan pada laluan MRT.
Jajaran kedua MRT mula pembinaan suku kedua 2016
Pembinaan akan dimulakan dengan fasa pertama yang melibatkan laluan tingkat atas daripada Sungai Buloh hingga Kampung Batu.
Terowong MRT di bawah Jalan Bukit Bintang siap
Pembinaan dua terowong berkembar MRT di bawah Jalan Bukit Bintang siap apabila dua mesin pengorek terowong bertemu di Pudu baru-baru ini.
Keputusan perletakan jawatan Datuk Azhar Hamid perlu dihormati - MRT Corp
Keputusan perletakan jawatan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit (MRT) Corp pada Selasa harus dihormati semua pihak.
Tanah mendap baru ditemui di Bukit Bintang
Jalan sepanjang 500 meter di Jalan Bukit Bintang menghala Jalan Tun Razak akan terus ditutup untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemadatan tanah.
MRT umum ubah laluan jalan di Bukit Bintang
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengumumkan akan mengubah haluan laluan jalan ke sebelah kanan Jalan Bukit Bintang mulai Rabu ini.