Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata, perbuatan itu menimbulkan keresahan awam dan menyentuh sensitiviti agama Islam serta budaya di Malaysia.
“OIeh itu, JAKIM telah menghubungi dan memanjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
“JAKIM juga akan memanggil pihak berkaitan bagi mendapatkan penjelasan serta mengadakan sesi perbincangan secara tertutup bagi memberikan nasihat dan bimbingan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurut JAKIM, Islam mengiktiraf hiburan sebagai elemen yang membawa kegembiraan dan kesejahteraan, namun ia perlu berlandaskan adab dan tidak bercanggah dengan akidah, syariah serta akhlak Islam.
Rentetan itu, JAKIM menasihati semua pihak dapat menghormati nilai serta sensitiviti agama di negara ini dan berharap perkara sama tidak berulang pada masa akan datang.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)