KUALA LUMPUR: Tidak lama lagi, rakyat Malaysia akan dapat menyemak status halal produk daripada luar negara melalui Sistem Maklumat Bersepadu Halal yang kini sedang dibangunkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sistem dengan kos RM3.4 juta itu merupakan pangkalan data mengenai produk halal tempatan serta antarabangsa yang berada di Malaysia.
Menurutnya, sistem baharu tersebut dijangka dapat digunakan pada tahun 2023.
BACA: Parlimen: Tiada diskriminasi dalam pensijilan halal - Ahmad Marzuk
BACA: Industri halal berperanan penting pacu pemulihan ekonomi - PM
“Inisiatif ini akan merangkumi enam sistem iaitu MYeHALAL (Domestik), MYeHALAL (International), Sistem Cetakan Sijil Elektronik (e-Cert Print System), Malaysia International Halal Authority Board (MyIHAB).
“Ia juga merangkumi Modul Permohonan Rumah Sembelihan Luar Negara dan Modul Pengurusan Ramuan Produk Halal Malaysia (MyHALAL Ingredients).
“Contohnya melalui MyIHAB, JAKIM dapat mengawal selia 84 badan pensijilan halal luar negara, daripada 46 buah negara yang diiktiraf oleh Jakim,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan Halal Kebangsaan (Sidang Halal) 2021 yang diadakan secara dalam talian pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau berkata Jakim juga sedang membangunkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Antarabangsa) dan Modul Eksekutif Halal Antarabangsa.
“Ia sebagai langkah untuk memperkasakan sijil halal Malaysia di peringkat antarabangsa menerusi Program Pengantarabangsaan Persijilan Halal Malaysia.
“Antara lain ia membolehkan pemain industri dari luar negara memohon persijilan halal Malaysia secara langsung daripada JAKIM.
“Pada masa yang sama, kerajaan juga akan memberi keutamaan untuk memperkasakan usahawan halal bumiputera melalui program bimbingan dengan melibatkan beberapa kementerian berkaitan,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Tue Nov 23 2021
Ismail Sabri merasmikan persidangan Halal Kebangsaan 2021 yang diadakan secara dalam talian hari ini. - Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM
Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI
Eksport durian segar Malaysia ke China berjumlah US$4 juta (US$1 = RM4.41) pada Ogos, September dan Oktober 2024.
Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU
Sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi memperincikan keperluan serta skop cadangan pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI.
SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL
SPRM telah mendapat akses kepada dokumen yang diperoleh hasil siasatan dalaman dijalankan pihak DBKL, kata Ketua Pesuruhjayanya.
AWANI Pagi: Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-43 tahun 2025
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Almirulita Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) berhubung Sambutan Hari Kastam Sedunia yang akan berlangsung 10 Februari ini.
[TERKINI] Helikopter terhempas di Jalan KL-Bentong, korban jiwa direkodkan
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur, Bentong sebentar tadi.
Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerugian RM220,000 selepas terperdaya dengan 'phone scam' yang menyamar sebagai wakil Kementerian Kesihatan dan pegawai polis.
Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong sebentar tadi.
Polis banteras 19 premis judi, 10 dipotong elektrik di serdang
Polis Daerah Serdang bertindak tegas terhadap kegiatan perjudian haram dengan menjalankan operasi ke atas 19 premis sejak Julai 2024 hingga Januari tahun ini.
'Bagi alasan datang mahu lepas rindu'
Pintu besi dan laluan tangga sunyi yang dijaga lelaki di hadapan bangunan rumah kedai di Jalan Pudu, ibu negara rupanya berselindung dengan menawarkan aktiviti pelacuran wanita asing.
WCO permudah pelepasan Kastam
Organisasi Kastam Dunia (WCO) memainkan peranan penting dalam memastikan proses pelepasan kastam di Malaysia berjalan lancar dan efisien, kata Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Almirulita Mohd Yusoff.
Beliau menegaskan bahawa pegawai kastam barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menafsir cukai serta mengklasifikasikan barangan dengan tepat.
Beliau menegaskan bahawa pegawai kastam barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menafsir cukai serta mengklasifikasikan barangan dengan tepat.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.