GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengehadkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda kepada badan bukan kerajaan (NGO) untuk ke kawasan pedalaman Orang Asli terutamanya pada musim tengkujuh dan jika berlaku serangan haiwan liar.
Ketua Pengarah JAKOA Datuk Sapiah Mohd Nor berkata JAKOA akan mengeluarkan pemakluman khas menjelang musim tengkujuh dalam usaha mengelak berlaku kerosakan jalan.
"JAKOA tidak menghalang kemasukan NGO ke kawasan pedalaman Orang Asli, namun hanya mengehadkan kemasukan. Kami menggalakkan kemasukan kerana kita tahu NGO-NGO banyak membantu dalam menyelesaikan isu yang tidak dapat ditangani contohnya daripada segi bantuan perubatan.
"Berdasarkan cuaca tidak menentu, JAKOA akan mengeluarkan arahan berkaitan kemasukan kerana pada musim tengkujuh banyak jalan-jalan rosak sekali gus mengganggu penghantaran bantuan kesihatan dan pendidikan," katanya kepada pemberita di Kuala Betis, di sini hari ini.
Sapiah berkata sekiranya terdapat bantuan yang ingin disalurkan kepada penduduk Orang Asli di pedalaman, pihak NGO boleh menyalurkan bantuan melalui JAKOA, seterusnya mereka akan menghantarnya mengikut susunan jadual.
"Sekiranya kawasan tidak boleh dimasuki menggunakan jalan darat, kita akan meminta bantuan helikopter bagi membolehkan barangan dihantar seperti kita lakukan setiap tahun.
"Permohonan masuk ke kampung Orang Asli untuk program Tanggungjawab Sosial Korporat perlu dikemukakan dalam tempoh sebulan atau sekurang-kurangnya dua minggu sebelum program," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024

Ketua Pengarah JAKOA Datuk Sapiah Mohd Nor berucap pada Program Perhimpunan bersama Penghulu, Pengerusi dan Setiausaha JPKKOA negeri Kelantan dan Terengganu Kuala Betis hari ini. - Foto Bernama
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.

Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.

Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.

Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.

JAKOA hadkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda ke kawasan pedalaman Orang Asli
JAKOA mengehadkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda kepada badan bukan kerajaan untuk ke kawasan pedalaman Orang Asli terutamanya pada musim tengkujuh.

JAKOA peruntuk RM450,000 bina telaga tiub di Kampung Orang Asli Merlong
JAKOA peruntukkan RM450,000 tahun ini bagi membina sistem bekalan air terawat di Kampung Orang Asli Merlong, menggunakan sumber telaga tiub.

Belanjawan 2024: Jakoa pastikan Orang Asli nikmati infrastruktur, prasarana lebih baik
Peruntukan RM333 juta kepada Jakoa tahun depan akan digunakan untuk pelaksanaan, penyediaan infrastruktur dan prasarana.

Lelaki maut dibaham harimau di Gua Musang
Seorang lelaki Orang Asli maut dibaham harimau dalam kejadian di Kampung Sau dekat Pos Bihai, di sini, jam 9 pagi tadi.

JAKOA komited tingkatkan kesedaran vaksinasi
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan memainkan peranan lebih besar bagi memastikan masyarakat Orang Asli turut menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Pencerobohan tanah pusaka: Orang Asli Kg Kelaik harap dapat injunksi inter-parte
Menurut Pengerusinya, Ahak Uda, permohonan mereka akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Ahad ini susulan memperoleh injunksi interim pertama pada 18 Mac lalu.

Penerangan mengenai vaksin kepada Orang Asli akan dipertingkat - Saifuddin
Agensi dan jabatan di bawah kementeriannya akan mendekati golongan berkenaan dengan pelbagai kaedah bagi memberi penerangan mengenai vaksin.

3,511 ketua isi rumah masyarakat Orang Asli terima bekalan bakul makanan
Agihan bantuan itu antaranya diberikan kepada empat lokasi di Pahang iaitu Kampung Orang Asli (KOA) Sg Tementong, KOA Sg Garam, KOA Sg Mutan dan KOA Sg Sekin.

Fasa kedua 'Bantuan Bakul Makanan Kepada Masyarakat Orang Asli' bermula hari ini
Fasa kedua Bantuan Bakul Makanan kepada 55,000 ketua isi rumah masyarakat Orang Asli melibatkan peruntukan sebanyak RM6 juta bermula hari ini.

Orang Asli huni tapak pelupusan: 'Kenapa letak JKOA bawah Jabatan Perpaduan?' - Hassan
Pemindahan itu melibatkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) dari Kementerian Luar Bandar kepada Jabatan Perpaduan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).