Laluan di Batu 14 Jalan Jeli menghala ke Gerik, Lebuhraya Timur Barat yang ditutup pagi tadi akibat tanah runtuh kembali di buka jam 3 petang tadi.
Kesesakan berlaku sejauh 7 kilometer (km) apabila jalan utama yang menghubungkan Kelantan, Perak dan Kedah itu mengalami kejadian runtuhan tanah.
Kejadian runtuhan tanah itu berlaku pagi tadi sekitar jam 11 pagi dan jalan berkenaan kini boleh digunakan apabila pihak Roadcare (M) SDN. BHD. menjalankan kerja-kerja pemulihan.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Jeli Asisten Supritendan Polis Nordin Ahmad berkata, ketika kejadian berlaku, tiada sebarang kenderaan melalui kawasan berkenaan.
Nordin memaklumkan, kedua-kedua lorong Lebuh Raya Timur Barat berkenaan ditutup kepada semua laluan kenderaan untuk kerja-kerja pembersihan.
Sementara itu, keadaan banjir di Kelantan kembali mencatatkan jumlah peningkatan mangsa banjir yang dipindahkan.
Sehingga jam 5 petang tadi, jumlah mangsa yang dipindahkan mencatatkan 997 orang melibatkan 267 keluarga yang ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan.
Peningkatan kembali mangsa banjir yang dipindahkan disebabkan kenaikan paras air sungai utama kelantan dengan jajahan Jeli mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 642 orang diikuti Kuala Krai seramai 237 orang mangsa.
Lima jajahan di Kelantan yang masih terlibat dengan banjir adalah Jeli, Kuala Krai, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Gua Musang.
Bacaan paras sungai utama Kelantan di Dabong, Tangga Krai dan Jambatan Guilemard mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya manakala Sungai Golok di Rantau Panjang turut mencatatkan bacaan paras bahaya.
Pada masa ini, laluan masuk ke Kelantan melalui Gua Musang ke Kota Bharu, Besut ke Kota Bharu dan Gerik ke Kota Bharu boleh dilalui semua kenderaan.
Namun, Jalan Gua Musang – Dabong - Jelawang masih ditutup kepada semua kenderaan kerana Jambatan Pulau Setelu masih ditenggelami air.
Muhafandi Muhamad
Fri Jan 27 2017

Laluan di Batu 14 Jalan Jeli menghala ke Gerik, Lebuhraya Timur Barat yang ditutup akibat tanah runtuh kembali di buka jam 3 petang tadi. - Gambar pembaca Astro AWANI

JBPM siap siaga hadapi musim kemarau dijangka bermula Mac
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini memberi tumpuan berhadapan peralihan cuaca daripada Monsun Timur Laut (MTL) kepada musim kemarau, yang dijangka bermula pada pertengahan Mac depan.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 27 April hingga 2 Mei di Perlis
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTQHK) Tahun 1446H/2025M akan diadakan pada 27 April hingga 2 Mei ini di Perlis.

KKR perluas penggunaan teknologi BIM dalam pembinaan jalan raya
Penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) akan diperluas dalam pembinaan lebuh raya dan jalan raya, sebagai satu usaha memendekkan tempoh pengurusan sesuatu projek siap.

MTCDP sokong pertumbuhan 348 MTC sehingga kini - MATRADE
MATRADE berhasil dalam memperkasakan dan membimbing 348 MTC daripada pelbagai sektor melalui MTCDP sehingga kini.

Terengganu semak semula garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan dan sukan
Kerajaan Terengganu akan menyemak semula Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan negeri.

KPWKM sasar 13,000 kaunselor berdaftar hujung tahun ini
Setakat ini, 11,700 kaunselor sudah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

Manfaat PKS: MITI, SC lancar dana pelaburan bersama RM131.5 juta
Dana itu bertujuan menggalakkan syarikat tempatan, khususnya PKS, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi.

Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste - Nik Nazmi
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju.

Sarawak terajui peranan tangani perubahan iklim menerusi pembangunan lestari
Sarawak teguh dengan dasar penyahkarbonan dan kelestarian, memainkan peranannya dalam perjuangan memerangi perubahan iklim demi kepentingan umat manusia sejagat.

Jalan Jeli menghala Gerik dibuka semula
Laluan di Batu 14 Jalan Jeli menghala ke Gerik, Lebuhraya Timur Barat yang ditutup pagi tadi akibat tanah runtuh kembali di buka jam 3 petang tadi.