KUALA LUMPUR : Jalan Kenyir-Aring di Hulu Terengganu terpaksa ditutup selepas berlaku tanah mendap di satu lokasi laluan berkenaan.
Perkara itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Hasmerra Hassan yang memaklumkan tanah mendap berlaku di Kilometer (KM) 103 pada pukul 6 petang.
“Jalan tersebut ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan sebagai langkah keselamatan.
“Pengguna jalan raya diharapkan dapat mematuhi arahan tersebut dan tiada jalan alternatif,” katanya memetik laporan Utusan hari ini.
Jelasnya, kejadian tanah mendap di jalan itu melibatkan kira-kira 20 meter lebar.
Selain di kawasan berkenaan, satu lagi laluan utama di Hulu Terengganu turut ditutup juga atas sebab yang sama.
Kawasan terlibat adalah Jalan simpang Gaung-Sungai Tong, Setiu, di Kampung Kuala Jeneris.
Berdasarkan pemantauan, tanah mendap itu melibatkan kedalaman kira-kira 30 meter.
“Pengguna di jalan itu dinasihatkan menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Simpang Kuala Jeneris melalui simpang Basung ke simpang Kampung Teris,” jelas beliau.
Astro Awani
Wed Dec 21 2022

Kejadian tanah mendap di jalan itu melibatkan kira-kira 20 meter lebar. - Gambar/ PDRM
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.
Kastam Perak bongkar taktik simpan rokok seludup di kubur
Meletakkan lori berisi kontraban di kawasan sunyi, termasuk tanah perkuburan. Satu taktik yang unik, namun Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya membongkar kegiatan sindiket penyeludupan itu selepas menangkap dua lelaki dalam serbuan pada 21 Januari lalu.

Imigresen nafi dakwaan dera di depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan berlakunya kejadian dera di depot tahanan jabatan terbabit di Selangor, seperti yang tular di media sosial hari ini.
JAS pasang alat ukur kualiti udara, kebakaran kilang karpet
JAS Negeri Sembilan memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan kebakaran kilang karpet di Nilai 3.
Pemukiman Jemaah Menteri tahun 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa prestasi sebahagian menteri Kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.

Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
AWANI Borneo [22/2/2025] – Air Oh Air | Ramadan | Pembangunan Luar Bandar
#AWANIBorneo bersama Nickyson Nyambar
- Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
- Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
- Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
- Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
- Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
[TERKINI] ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
ADUN Ayer Kuning, Perak Ishsam Shahruddin, 58 tahun, dilaporkan meninggal dunia hari ini selepas tidak sedarkan diri rebah ketika perlawanan bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
"..tapi mereka sebelum apa-apa dah tuduh kita paksa sokong PM.." - PM
Perdana Menteri menjawab kepada soalan wartawan berkenaan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang bahawa mandat telah diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri tetapi mereka masih berdolak dalih.
#AWANInews
#AWANInews
Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air susulan penutupan separa kecemasan di Loji Rawatan Air Telibong II fasa I.

Jalan Gua Musang-Jeli di KM 35 ditutup susulan tanah mendap - Polis
Jalan Gua Musang-Jeli di Kilometer 35 ditutup kepada semua kenderaan berikutan berlaku mendapan tanah sepanjang 15 meter.

Lubang enam meter di Jalan Lojing-Gua Musang sedang dibaiki - Polis
Sebuah lubang sedalam enam meter yang berlaku di Jalan Lojing-Gua Musang di Kampung Jekjok, Pos Brooke, di sini sedang dibaiki, kata Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo.

Laluan di NKVE ditutup akibat tanah mendap
Polis mengesahkan lorong kecemasan dan separuh lorong kiri di Kilometer (KM) 18.6 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) arah selatan ditutup sementara bagi kerja-kerja pembaikan.

Tanah mendap: Longkang berlubang punca hakisan, MPAJ laksana kerja pembaikan
Kejadian longkang berlubang dikenal pasti sebagai punca berlaku hakisan yang seterusnya menyebabkan mendapan di salah sebuah rumah di Blok D, Flat PKNS Taman Keramat Permai di sini.

Penduduk Flat PKNS Taman Keramat Permai risau tanah mendap terus berlaku
Koridor tingkat bawah di bahagian belakang sebuah unit rumah di blok D flat berkenaan, mendap sepanjang hampir dua meter.

Tanah mendap di kuarters sekolah, lapan keluarga dipindahkan
Tanah mendap di kuarters sekolah, lapan keluarga dipindahkan

Jambatan Sungai Musah ditutup kepada orang ramai
Kerosakan jambatan sepanjang 166 meter dan selebar 11.2 meter itu dikesan kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Tanah mendap: Laluan dibuka semula, patuhi had laju - ANIH Berhad
ANIH Berhad turut menasihati pengguna jalan raya agar mematuhi had laju yang ditetapkan dan berhati-hati semasa memandu di kawasan tersebut.

Tanah mendap: Laluan arah Kuantan dibuka
Sebahagian laluan KLK yang ditutup sepenuhnya akibat tanah mendap di KM66.1 bermula malam Selasa, dibuka semula bagi arah Timur.

Tanah mendap di Iskandar Puteri, jalan alternatif siap dibina
Jalan alternatif sepanjang satu kilometer itu telah siap dan dibuka kepada orang ramai mulai 11.40 pagi tadi.