GUA MUSANG: Hari pertama penutupan jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis, di sini menyebabkan aliran trafik sesak selain turut menyebabkan sebahagian pelajar Sekolah Maahad Muhammadi, di sini, lewat hadir ke sekolah.
Jalan itu ditutup bagi memberi laluan kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) 3B dan 3C yang sedang dijalankan.
Pengetua Sekolah Maahad Muhammadi Gua Musang Mohd Zaki Mat Zin, 52, berkata susulan itu ibu bapa dinasihatkan supaya keluar rumah lebih awal esok untuk mengelakkan pelajar yang terlibat keciciran dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
"Seramai 136 pelajar dari Taman Wangi, Kesedar Jaya, Kesedar Putra, Kawasan Perindustrian Chin Teck, Tanah Putih, Taman Saujana Harmoni dan Pulai terkesan dengan kesesakan trafik pagi tadi," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Tinjauan Bernama mendapati penutupan terbabit turut menjadi punca aliran trafik mengalami kesesakan yang luar biasa sepanjang lebih 15 kilometer (km) bermula dari depan Petronas Persiaran Raya Gua Musang hingga bulatan Tanah Putih, pagi tadi.
Bagi pengguna jalan raya Nik Syazwani Nik Ilias, 34, berkata dia hanya mengetahui tentang penutupan laluan berkenaan ketika melaluinya pagi ini malah tidak mendapat notis terbaharu tentang penutupan itu.
"Memang betul sebelum ini kita diberitahu jalan ini akan ditutup untuk kerja-kerja pembinaan lebuh raya mengikut notis JKR bermula 29 Mac lepas, tetapi oleh kerana sehingga semalam (Isnin) jalan masih boleh dilalui seperti biasa saya ingatkan penutupan ditunda dan sangat tidak menyangkakan ia telah ditutup pada waktu malam tadi," katanya.
Sementara itu, Jurutera Awam Penguasa Kanan Unit Projek Khas ECER 1 Cawangan Jalan Ir Mohd Hamizi Abdullah dalam kenyataan berkata penutupan jalan dilakukan kerana kenderaan perlu dilencongkan daripada memasuki kawasan pembinaan yang akan menyebabkan kesesakan teruk akibat daripada "bottle neck" di tempat pembinaan selepas lampu isyarat Taman Wangi.
"Jabatan Kerja Raya LTU sudah membuat persediaan sebelum jalan ditutup dengan menaik taraf jalan alternatif iaitu Jalan Simpang Pulau ke Simpang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang dengan mengambil kira kemasukan kenderaan melalui daerah ini menjelang hari raya nanti," katanya.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Gua Musang dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan laluan di FT2747 Kilometer (KM) 3.9 (Simpang Hospital) hingga KM2.4 (Jambatan Taman Damar) dan FT2745 KM0.8 (Bawah Flyover Taman Damar) akan ditutup kepada semua lalu lintas di kedua-dua arah hingga 29 April ini dari pukul 8 pagi hingga 7 malam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023

Laluan di FT2747 Kilometer (KM) 3.9 (Simpang Hospital) hingga KM2.4 (Jambatan Taman Damar) dan FT2745 KM0.8 (Bawah Flyover Taman Damar) ditutup kepada semua lalu lintas di kedua-dua arah hingga 29 April. - Gambar hiasan

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
Warga Malaysia berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu sebaliknya terperdaya untuk bekerja di Siem Reap.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025

Cadangan penutupan jalan secara kekal di Banda Hilir masih di peringkat kajian
Cadangan penutupan jalan secara kekal di kawasan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini, masih di peringkat kajian.

Istiadat Pertabalan Agong: 14 jalan sekitar ibu negara ditutup sementara
Sebanyak 14 jalan raya di sekitar ibu negara yang terlibat dalam upacara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan ditutup secara berperingkat pada Sabtu ini.

Projek LRT3: Lencongan sementara di Jalan SS7/25 sehingga 7 Okt
Lencongan trafik sementara akan dilaksanakan bermula 16 Julai hingga 7 Okt ini dari 10 pagi hingga 5 petang.

Lorong di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ditutup sementara, dilencongkan
Pemaju projek The Light, IJM Land Bhd memaklumkan terdapat penutupan lorong sementara dan lencongan trafik di median laluan Bayan Lepas dan George Town di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada Selasa.

500,000 pengunjung dijangka ke Ipoh sempena Thaipusam
Terdapat lencongan dan penutupan jalan bagi memberi ruang kepada perayaan serta perarakan pedati juga kavadi.

LEKAS ditutup Sabtu dan Ahad ini, beri laluan kepada RHB LEKAS Highway Ride 2023
LEKAS akan ditutup sementara dari 5 petang Sabtu ini hingga 4 pagi keesokannya untuk memberi laluan kepada acara berbasikal malam tahunan RHB LEKAS Highway Ride 2023 (Edisi ke-8).

LTdL: Polis Perak umum lencongan, penutupan jalan
Lencongan dan penutupan jalan akan dilaksanakan di beberapa lokasi di negeri ini sempena perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-27 pada tahun 2023.

22 jalan ditutup sementara sempena Hari Kebangsaan - Polis
Penutupan jalan itu akan bermula dari pukul 5 pagi hingga 11 pagi.

Empat laluan di Ipoh ditutup sempena raptai dan sambutan Hari Pahlawan
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata penutupan dan lencongan jalan secara berperingkat dilakukan mengikut keperluan semasa sepanjang sesi raptai program pada 29 dan 30 Julai.

Jalan utama ditutup sebulan, aliran trafik Gua Musang mulai sesak
Hari pertama penutupan jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis menyebabkan aliran trafik sesak.